in

Gossip Hadiah Pengarah Jadi Bahan Bualan

Hadiah pengarah jadi bahan bualan

BERTUAHNYA kalau hidup ada perasaan sayang menyayangi. Tapi keadaannya terasa lain macam pula apabila baru sekali membuat ‘job’ solekan, seorang jurusolek baru sudah mendapat hadiah Blackberry daripada pengarah drama.

Begitulah yang diceritakan seorang rakan SS yang terbabit dalam dunia hiburan. Katanya, perkara ini menjadi bahan percakapan di lokasi sebuah drama baru-baru ini apabila pengarah itu berbuat demikian.

Sebenarnya bukanlah pelik sangat pun, tapi yang jadi pelik, kata sumber SS itu, pengarah itu seorang lelaki lembut dan jurumekap itu pula lelaki kacak yang pernah ada ‘kekasih’ sejenis. Ish.. tak baiklah nak fikir yang bukan-bukan tapi disebabkan ada sejarah lama ke arah itu, hadiah seperti itu mula jadi topik perbualan di lokasi drama berkenaan.

“Kalau macam gitu, seronok kan jadi mekap artis. Buat sekali job saja, terus dapat Blackberry, LED TV, home theatre, silap-silap hari bulan, kereta.

“Sebenarnya ramai tahu, pengarah itu ada hati dengan jurumekap kacak itu. Sebelum ini pun, kalau mengarah, dia mahu yang pandang yang kacak-kacak saja,” kata sumber itu. Dalam hal ini, SS tetap pandang benda yang positif. Mungkin ia atas dasar persahabatan. Kita pun tidak tahu sejauh mana hubungan pengarah itu dengan jurumekap itu.

Mungkin mereka dah kenal lama dan hadiah itu kerana meraikan hari jadi dan macam-macam lagi. Agaknya yang menyampaikan cerita itu pun cemburu atau ‘envy’. Yang penting, SS pun teringin nak berkawan dengan pengarah itu sebab telefon SS ni dah teruk sangat. Kadang-kadang bunyi, kadang-kadang tidak. Boleh? [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Selamat Tinggal Sayang

Remaja TV3 Anjurkan Pertandingan Cosplay