Pepatah Inggeris ada berkata, A picture is worth a thousand words. Kiranya betullah pepatah tu. Sekeping gambar sudah cukup untuk menceritakan segalanya dan dapat memberikan perasaan yang berbeza bagi mereka yang melihatnya. Malah, dalam setiap gambar memiliki makna tersirat dan mesej yang ingin disampaikan oleh jurugambar itu sendiri. Dengan deria penglihatan, kita dapat merungkai segala cerita dan misteri dari gambar itu.
Gambar Menang Dalam Pertandingan, Kini Tular
Gambar tular itu dirakamkan jurugambar dikenali sebagai Dollah Deen Photography yang berasal dari Kelantan tetapi bekerja di Kuala Terengganu dan Mohd Nazri Sulaiman berasal dari Johor dan berkahwin dengan orang Kuala Terengganu yang kini menetap di Bangi, Selangor.
Keunikan gambar Mohd Nazri turut tu melayakkannya memenangi anugerah ‘Street/People Photographer of The Year Asian Geographic -Image of Asia 2018’ dan ‘Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018, Italy.’
Malah, selain Mohd Nazri, sebelum ini sudah ramai jurugambar yang memenangi anugerah hasil gambar memaparkan momen Mohd Syukur bersama haiwan ternakan itu.
Budak lelaki yang terdapat dalam gambar ini bernama Mohd. Syukur Khamis merupakan seorang pelajar di tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin.
Mempunyai cita-cita untuk menjadi penternak moden. Nama beliau sekarang ini menjadi hangat dan mendapat perhatian jurugambar seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat dan India.
Menurut Mohd. Syukur Khamis, dia tak sangka gambarnya menjadi tular seluruh dunia. Dia tidak menggunakan apa-apa ilmu atau petua untuk membolehkan kerbau, lembu, kambing dan angsa peliharaan bapanya mendengar cakapnya.
“TAK pernah terlintas di fikiran minat dan kelebihan saya bermanja dengan kerbau membuatkan saya terkenal sehingga ke luar negara,”
– Mohd Syukur Khamis
Mohd. Syukur sekarang ni digelar Mowgli dalam iaitu watak dalam The Jungle Book berkata, dia bergaul dengan sebati dengan haiwan ternakan kerana telah biasa melakukannya sejak dari kecil lagi.
“Ada orang kata saya ada ilmu penunduk sedangkan tidak. Mungkin sebab saya dah biasa dengan mereka sejak kecil jadi mereka kenal tuan dan mendengar kata. Tetapi sebenarnya saya bukan saja akrab dengan kerbau, tetapi juga lembu, kambing dan angsa peliharaan bapa.
“Cuma untuk sesi fotografi, jurugambar cenderung memilih kerbau kerana jumlahnya yang banyak sehingga lebih 100 ekor,”
– Mohd Syukur
Mendapat Perhatian Mufti
Gambar tersebut berjaya menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli dengan menyifatkan foto-foto ini telah berjaya menzahirkan maksud mendalam hubungan antara seorang remaja lelaki dan kerbaunya. Beliau juga berasa kagum akan hasil gambar tersebut.
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang menyatakan kekagumannya terhadap keakraban dan kemesraan Mohd Syukur bersama haiwan itu yang disifatkannya begitu ikhlas.
Koleksi gambar tersebut menunjukkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun, Mohd Syukur Khamis yang berasal dari Terengganu beraksi dengan kerbau peliharaan keluarganya.
Menurut wawancara Harian Metro yang menemui remaja tersebut, Mohd Syukur Khamis berkata bahawa beliau tidak bangga apabila menjadi tular, tetapi gembira sebab dulu ayah sering dihina kerana pekerjaannya sebagai penternak kerbau.
“Saya tidak bangga apabila menjadi tular, tetapi gembira sebab dulu ayah sering dihina kerana pekerjaannya sebagai penternak kerbau. Tetapi hari ini, saya seronok kerana dapat buat ayah bangga dan mengubah persepsi orang terhadap pekerjaan ayah,”
– Mohd Syukur Khamis
Tambahnya lagi, beliau seronok kerana dapat buat ayah bangga dan mengubah persepsi orang terhadap pekerjaan ayahnya.
Semua ternakan yang akrab dengannya diberi nama seperti Awang, Wahab, Saat dan Boy dan haiwan ini boleh bergaul dengan Mohd Syukur seperti manusia, malah ada yang tidur bersamanya ketika kecil.
Mohd Syukur berkata, sejak usia empat tahun dia sudah terbiasa mengikut bapanya, Khamis Jusoh, 63, ke kandang kerbau di Kampung Kubang Bujuk, Kuala Terengganu menyebabkan hubungannya dengan haiwan itu sangat rapat dan akrab.
Malah, ketika mengikuti Mohd Syukur ke kandang kerbau itu haiwan berkenaan umpama taat dan mendengar kata, serta menurut segala arahan remaja itu lantas memudahkan sesi fotografi.
Mohd Syukur yang mesra disapa Kur di kalangan ahli keluarganya berkata, dia tidak takut bermanja dengan peliharaan itu yang dianggap sebagai rakannya.
“Kalau kambing pula saya rapat dengan Saat. Selepas tiga hari dia lahir, ibunya mati dan saya menyusukannya setiap hari dan menjaganya sehingga bawa tidur bersama di atas rumah. Kerbau yang sangat rapat dengan saya dan sering menjadi teman ketika fotografi bernama Awang juga sudah mati,”
– Mohd Syukur
Mohd Syukur berkata, selepas tular dan dikenali ramai dia menerima ucapan tahniah daripada guru dan rakan sekolahnya yang turut datang ke kandang untuk merakamkan gambar bersamanya dan kerbau berkenaan.
Sementara itu bapa Mohd Syukur, Khamis Jusoh, 63, berkata, dia menjadi penternak kerbau sejak 30 tahun lalu dan tidak pernah menyangka anaknya akan menjadi tular seperti hari ini kerana haiwan peliharaannya itu.
“Mohd Syukur memang suka ikut saya ke kandang terutama setiap petang ketika kerbau masuk semula ke kandang. Sebenarnya semua anak saya pun rapat dengan binatang peliharaan saya termasuk yang perempuan, tetapi Mohd Syukur lebih sedikit kerana haiwan ini bijak menunjukkan kasih sayang ketika bersamanya.
“Walaupun Mohd Syukur kini menjadi tumpuan, saya tidak pernah mengambil kesempatan untuk menjadi kaya kerananya, malah saya tidak mengenakan sebarang bayaran.
“Ramai yang kata, jurugambar yang merakam gambar Mohd Syukur dan masuk pertandingan menang beribu-ribu ringgit dan saya patut minta bayaran, tetapi bagi saya, cukuplah mereka doakan saya sihat dan sedekahkan Alfatihah jika saya sudah tiada nanti,” katan
– Bapa Mohd Syukur, Khamis Jusoh
Apa-apa pun, kita nak ucapkan tahniah buat Mohd Syukur dan keluarga serta jurugambar terlibat.