JAKARTA: Setakat ini, lapan suspek telah dikenal pasti sebagai penyebar video lucah Ariel. Bagaimanapun, mereka bukan merupakan teman rapat kepada selebriti kontroversi itu.
Ia jauh berbeza dengan andaian polis sebelum ini bahawa terdapat kenalan Ariel yang didakwa terlibat dalam penyebaran video lucah tersebut.
Siasatan polis mendapati tidak wujud sebarang perhubungan antara Ariel dan lapan suspek berkenaan.
“Tidak ada kawan yang rapat dengan Ariel,” kata pegawai polis, Komisioner Jeneral, Ito Sumardi di Jakarta Selatan, Isnin.
Lapan suspek tersebut ditahan polis di sini dan Jawa Barat untuk membantu siasatan.
Penyebar pertama video Ariel dengan Luna Maya dan Cut Tari tersebut masih belum ditemui. – Detik Hot
Ariel Peterpan