in ,

BTS Artis Paling Banyak Distrim di Spotify di 2018

Sungguhpun tahun 2018 hampir melabuhkan tirainya, namun seperti biasa di Spotify, muzik tetap dimainkan dengan rancak sekali. Jom kita tengok senarai lagu manakah yang paling banyak dimainkan sepanjang tahun 2018.

Sepanjang tahun, para pengguna kami telah meluangkan banyak masa untuk menstrim lagu, artis, playlistserta podcast kegemaran mereka. Kini, tiba masanya untuk kami mengimbau kembali senarai muzik serta audio yang telah mendominasi carta Spotify tahun ini.

Jadi, siapakah yang menjadi pilihan peminat di Malaysia pada tahun 2018? 

Spotify Wrapped 2018

Artis yang paling banyak distrim di Malaysia termasuklah BTS, Khalid, Ed Sheeran, Jay Chou, dan Ariana Grande. Untuk maklumat lanjut, silalah rujuk kepada infografik dan kenyataan ringkas di bawah: 

Spotify Di Peringkat Global

Spotify dengan sukacitanya mengumumkan DRAKE sebagai Artis Paling Banyak Distrim pada tahun 2018 di peringkat global. Dengan 8.2 bilion strim pada  tahun 2018 sahaja, penyanyi rap yang berasal dari Kanada itu turut dinobatkan sebagai Artis Paling Banyak Distrim Sepanjang Masa oleh Spotify. Selain daripada Drake yang mendahului carta 5 Artis Paling Banyak Distrim di Dunia; Post Malone, XXXTENTACION, J Balvin dan Ed Sheeran (Sheeran pernah dinobatkan sebagai Artis Paling Banyak Distrim 2017) juga turut tersenarai. 

Ariana Grande yang mempunyai jumlah pendengar bulanan seramai lebih 48 juta orang telah mengangkat beliau sebagai Artis Wanita Paling Banyak Distrim. Manakala artis wanita lain seperti Dua Lipa, Cardi B, Taylor Swift dan Camila Cabello mengikuti jejak beliau dan turut tersenarai sebagai antara 5 Artis Wanita Paling Banyak Distrim di serata dunia.

Artis Paling Banyak Distrim di Spotify Sepanjang Tahun 2018 di Malaysia adalah: BTS

Hip-hop terus mendominasi carta Spotify pada tahun 2018, namun kebangkitan era muzik Latin pada tahun lalu telah menyaksikan peningkatan jumlah pendengar untuk genre tersebut. Selain daripada itu, EMO Rap dan Lo-Fi Beats merupakan antara dua genre yang mencatatkan perkembangan terbesar pada 2018.

Carta Tertinggi Malaysia 2018 oleh Spotify: 

Artis Tempatan Paling Banyak Distrim

  1. Dato Siti Nurhaliza
  2. Sufian Suhaimi
  3. Haqiem Rusli
  4. Faizal Tahir
  5. Ismail Izzani

Artis Paling Banyak Distrim (Keseluruhan)

  1. BTS
  2. Khalid
  3. Ed Sheeran
  4. Jay Chou
  5. Ariana Grande

Artis Wanita Paling Banyak Distrim

  1. Ariana Grande
  2. Camila Cabello
  3. Taylor Swift
  4. Dua Lipa
  5. Selena Gomez

Artis Lelaki Paling Banyak Distrim

  1. Khalid
  2. Ed Sheeran
  3. Jay Chou
  4. Drake
  5. Post Malone

Kumpulan Paling Banyak Distrim 

  1. BTS
  2. Maroon 5
  3. BLACKPINK
  4. Coldplay
  5. Imagine Dragons

Lagu Yang Paling Banyak Distrim

  1. You Are The Reason – Calum Scott
  2. Girls Like You (feat. Cardi B) – Maroon 5
  3. FRIENDS – Anne-Marie, Marshmello
  4. The Middle – Grey, Zedd, Maren Morris
  5. Havana – Camila Cabello

Album Paling Banyak Distrim

  1. Love Yourself ‘Answer’ – BTS
  2. Dua Lipa – Dua Lipa
  3. I met you when I was 18. (the playlist) – Lauv
  4. ÷ – Ed Sheeran
  5. beerbongs & bentleys – Post Malone

Senarai Playlist dengan Jumlah Pengikut Paling Banyak

  1. Today’s Top Hits
  2. Top Hits Malaysia
  3. It’s a Hit!
  4. Carta Malaysia 50
  5. Rock Jiwang

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi For The Record. Imej para artis boleh didapati di sini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hairul Azreen Buka Tirai Majalah Glam Lelaki Tahun 2019

Sinopsis Telemovie KARMA CINTA Lakonan Izzue Islam & Azira Shafinaz