in ,

Sinopsis Filem Tanu Weds Manu Returns

Antara suami dengan isteri sikap suka menghargai antara satu sama lain sangat perlu, bagi menambahkan kasih sayang. Kebiasaannya dalam diri pasangan amat sukar mengucapkan pujian, sangat sukar untuk memberikan penghargaan, berat mulut untuk mengucapkan kasih sayang dan berterima kasih.

Teruskan memuji pasangan sebanyak mungkin hingga ia menjadi kebiasaan dalam rumah tangga. Seterusnya sentiasalah berkomunikasi dengan baik dan rasional antara suami dengan isteri.

Plot kisah memupuk semula rasa kasih sayang antara pasangan suami isteri lakonan Kangana Ranaut, Deepak Dobriyal, Eijaz Khan, R.Mashavan dan Jimmy Shergill melatari filem bertajuk “Tanu Weds Manu Returns” yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) khas Deepavali ini pada 7 November ini, pukul 9.30 malam menerusi TV2. 

tanu-weds-manu-returns-indian-movie-poster

Kembalikan Bahagia Dalam Keluarga Menerusi Filem “Tanu Weds Manu Returns”, Khas Deepavali Ini di TV2

Filem komedi ini mengisahkan Dr. Manu Sharma yang tinggal bersama isterinya, Tanu Trivedi di London. Selepas empat tahun sejak perkahwinan mereka di India, kini mereka menghadapi masalah rumah tangga. 

Mereka tidak mempunyai anak dan perkara itu seringkali menjadi punca mereka berkelahi. Bosan dengan kehidupannya itu, Tanu kemudiannya mengambil keputusan menceraikan Manu dan kembali ke rumahnya di Kanpur, India. Setelah itu Dr. Manu pun memutuskan pulang ke India untuk cuba berbaik semula dengan Tanu. 

Sementara itu di Kanpur, Tanu bertemu kembali dengan bekas teman lelakinya bernama Raja Awasthi yang sedang membuat persediaan untuk melaksanakan perkahwinan beliau dengan seorang gadis pilihan keluarganya yang bernama Kusum. 

Semasa berada di Delhi, Dr. Manu pula bertemu dengan Kusum yang mempunyai wajah yang sama seperti Tanu. Lama kelamaan Dr. Manu dan Kusum mula jatuh cinta. Oleh kerana Tanu masih berdegil dengan keputusannya, Dr. Manu terus mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Kusum. 

Apabila berita ini diketahui oleh Tanu, dia juga ke rumah Kusum untuk melihat upacara perkahwinan Dr. Manu dan Kusum dengan mata sendiri. 

Pada hari perkahwinan itu, Tanu dan Dr. Manu masing-masing ternyata insaf bahawa mereka masih mencintai satu sama lain dan Dr. Manu mengambil keputusan membatalkan perkahwinannya dengan Kusum dan berbaik semula dengan Tanu. Lalu bagaimana pula dengan Kusum yang sememangnya mencintai Dr. Manu?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Usop Pertaruh AKU YANG BERSALAH Ciptaan Haqiem Rusli

ANIS NABILAH

Cerita Rasa Anis Nabilah Musim Ke-2