Pada 4 Disember 2007 lalu, MIG production telah melancarkan filem keluaran mereka ke 26 iaitu “Selamat Pagi Cinta!. Filem arahan pengarah wanita termuda di Malaysia bahkan di Asean ini berkisar mengenai kisah cinta remaja semasa.
Selamat Pagi Cinta (SPC) menceritakan tentang dua buah kisah cinta yang berbeza, iaitu kisah cinta bagi seorang lelaki serta kisah cinta bagi seorang wanita. Ianya bermula apabila Julia (Lakonan Fazura, Gol & Gincu, Kayangan), seorang isteri yang menderita akibat kehilangan suami yang amat dicintainya. Di dalam kisah ini, menceritakan bagaimana permulaan kisah cinta Julia bersama suaminya Ilham (Lakonan Pierre Andre, 9 September, Jangan Pandang Belakang, I’m Not Single), sehinggalah menuju ke jinjang pelamin.
Ilham merupakan seorang jejaka yang cukup baik hati dan penyayang. Pertemuan dan cinta kali pertama apabila bertemu Julia, telah membibitkan buah-buah cinta. Namun, Ilham terpaksa sedaya upaya memenangi hati Julia yang pada mulanya sukar menerimanya. Banyak peristiwa yang berlaku yang menguji jodoh dan takdir mereka sehinggalah akhirnya mereka berkahwin.
Hidup mereka penuh kebahagian, namun, langit tidak selalunya cerah. Pada satu hari, Ilham telah mengetahui dia menghidap satu penyakit yang boleh membawa maut. Ilham terasa ianya satu tamparan yang cukup hebat kepadanya. Atas sebab tertentu, dia sengaja merahsiakan tentang perkara itu dari pengetahuan Julia. Semenjak itu juga, Ilham mula berubah sikap apabila dia sering keluar rumah dan tidak pulang kerana untuk menjalani rawatan di hospital. Julia yang merasai perubahan tersebut, mula menaruh syak wasangka kepada Ilham, kerana menyangka dia sedang bermain kayu tiga.
Dalam kisah kedua pula, menceritakan tentang kehidupan, Azam (Lakonan Que Haidar, Haru Biru, Castello, Zombi Kampung Pisang & Malaikat Maut) yang merupakan seorang penuntut di sebuah kolej, telah jatuh cinta dengan rakan pembelajarannya yang bernama Suci (lakonan Sharifah Amani, Sepet, Gubra), seorang anak hartawan. Azam terpaksa hidup dalam serba kekurangan dan bekerja sambilan bagi menyara ibu saudaranya, Mak Su serta atuknya. Kerana atuknya sudah nyanyuk, Mak Su sering menyuruh Azam supaya menghantarnya ke rumah orang-orang tua. Namun, Azam tidak sekali-kali mahu bertindak sedemikian kerana mengenangkan budi atuknya yang telah membesarkan dia selama ini.
Azam begitu menyayangi Suci, dan begitu juga sebaliknya. Namun, percintaan dua sejoli ini sering dipenuhi oleh ranjau dan duri. Azam tidak dapat memberikan komitmen kepada percintaan mereka kerana terpaksa menjaga atuknya serta terpaksa mencari rezeki. Pada satu hari, Azam telah memungkiri janji untuk bertemu dengan Suci kerana atuknya terlibat dengan kemalangan. Suci tidak dapat menerima alasan yang diberikan oleh Azam. Sehinggalah pada suatu hari, Azam mengetahui bahawa, cinta Suci telah beralih arah kepada Yusry. Dengan hati yang berat, Azam terpaksa kata perpisahan. Dia cuba memberikan penjelasan, namun, segala usahanya sia-sia. Pada suatu hari, Suci mengetahui kebenarannya, namun segala-galanya telah terlewat. Apakah yang terjadi kepada mereka.
Apakah kesudahan dua kisah cinta yang cukup tragis dan menyayat hati ini dan apakah kaitannya kisah mereka berdua. Di dalam ‘Selamat Pagi Cinta!, anda akan temui jawapannya.
Filem yang menelan belanja sebanyak RM 1.5 juta termasuk kos pengedaran dan promosi ini dijangka akan memulakan pengambaran pada 10 Disember selama 25 hari. Pengambaran akan dijalan di sekitar Kuala Lumpur. SPC membariskan pelakon-pelakon yang cukup hangat dan hebat seperti Fazura, Pierre Andre, Que Haidar dan Sharifah Amani serta disertai juga bintang-bintang terkenal seperti Kuza, Noniswara, Cat Farish dan ramai lagi.
[tags]sekitar pelancaran, majlis launching album ct, kes mahkamah fazura, berita huburan, mak su limah, Suburban Sex Parties, War Zone, games online, apple blogging, facebook, gadgets, google, health, internet, iphone, iran, marketing, microsoft, mitt, romney, movies, music, nfl religion, software, television, video, web 2.0[/tags]