Mira Filzah mengambil keputusan untuk membeli sebentuk cincin untuk dirinya sendiri walaupun dia mengharapkan seseorang menghadiahkan kepadanya. Menurut Mira, dia membuat keputusan membeli sendiri cincin itu sebagai ganjaran dan penghargaan untuk dirinya sendiri selepas bekerja keras sebelum ini.
Menerusi entri di Instagram, kata Mira, biarpun dia tidak gemar memakai aksesori, namun dia menunggu untuk menerima sebentuk cincin daripada insan istimewa. Aduyai, takde ke sesape yang nak kasi hadiah cincin kat Mira ni?
Bagaimanapun untuk tahun baharu, Mira memilih untuk menghadiahkan sebentuk cincin untuk dirinya sendiri, dan menganggap ia sebahagian daripada simbol kekuatan seorang wanita.
“Saya mahu cincin itu mempunyai nilai dan kenangan yang dapat saya hargai setiap kali saya melihatnya. Saya mahu cincin itu menjadi istimewa, kerana ia adalah satu-satunya aksesori yang akan saya pakai setiap hari.
“Tetapi hari ini saya buat keputusan untuk beli sendiri. Cincin yang sempurna adalah yang anda beli untuk diri anda sendiri, sebagai simbol kasih sayang dan kekuatan,”
– Mira Filzah
“Pada akhirnya, sebentuk cincin yang sempurna adalah anda beli untuk diri sendiri, sebagai ganjaran dan penghargaan untuk setiap kerja keras, tidak tidur malam, lelah dan air mata.
Dalam pada itu, Mira berkata, dia sebenarnya tidak gemar memakai aksesori namun sentiasa mahukan sebentuk cincin yang dihadiahkan oleh orang lain kepadanya.
“Simbol untuk diri sendiri, simbol kuasa, menjadi kuat, kekal kuat, terus kuat dan kerana berani berhadapan dengan segala yang berlaku di antaranya.”
– Mira Filzah
“Hanya anda yang tahu tentang kesakitan dan kepayahan, cinta dan kegembiraan diri sendiri. Cheers to new year, new life, bigger goals and bigger dreams 2019!,
“Saya tidak suka memakai aksesori langsung tapi saya sentiasa mahukan sebentuk cincin. Hanya sebentuk.”
“Tapi tak nak beli sendiri. Saya mahu cincin sebagai hadiah daripada seseorang. Saya mahu cincin itu mempunyai nilai dan memori yang boleh saya kenang setiap kali melihatnya.”
“Saya mahu cincin itu menjadi sesuatu yang istemewa kerana ia adalah satu-satunya aksesori yang saya pakai setiap hari,”
“Setiap kali Mira keluar, mesti tengok cincin cincin yang cantik. Mulalah dalam hati terdetik, nak beli ke tak. Nak. Nak ada satu! Tapi tak nak beli sendiri.”
“Bukan kerana saya tidak mampu, saya mahu ia menjadi istimewa. Sejajar dengan peredaran masa, saya menahan diri, sentiasa melihat cincin yang cantik dan terus bermimpi,”
Katanya, dia bukan tidak mampu hendak membeli cincin yang diinginkan namun merasakan hadiah daripada seseorang mampu memberi nilai dan memori kepadanya.
Mira berkata, dia sentiasa berlawan dengan diri sendiri setiap kali melihat cincin yang cantik namun menahan dirinya daripada membelinya.