in

Joras Tersingkir dari Maharaja Lawak Mega 2018

Perjuangan kumpulan Joras yang dianggotai oleh barisan pelawak berpengalaman iaitu Ropie, Joey Daud dan Rahim Sepahtu terhenti di minggu kesembilan.

Imbas kembali perjalanan mereka dalam Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018), trio ini merupakan antara kumpulan yang cemerlang dalam menyahut cabaran persembahan lawak mingguan yang diberikan dan pernah beberapa kali mengungguli kedudukan tiga teratas.

Mereka sentiasa mengetengahkan idea-idea lawak yang baharu dan penuh kejutan.

Joras Tersingkir dari Maharaja Lawak Mega 2018

Namun begitu, nasib tidak menyebelahi mereka pada minggu lalu apabila mengumpul purata markah tercorot meskipun mendapat ‘4Ha’ daripada juri Tya Ariffin.

Menurut Tya, persembahan Joras yang bertemakan ‘Karoot’ sangat kreatif apabila menggabungkan kehidupan makhluk di dua dunia berbeza dalam persembahan mereka di samping karakter setiap peserta yang cukup menonjol.

Dalam pada itu, kumpulan Shiro terus beraksi hebat apabila sekali lagi berjaya mendapat tempat pertama diikuti dengan kumpulan Bocey dan Zero. Di minggu kesepuluh ini yang juga merupakan minggu suku akhir, cabaran semakin sukar.

Setiap peserta harus membuat dua persembahan lawak yang bertemakan ‘Trend Terkini (KFC) & Kalaulah Aku’. Ayuh sama-sama kita saksikan samada enam peserta yang masih meneruskan perjuangan di pentas MLM 2018 berjaya atau tidak menyahut cabaran minggu ini.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini 9 Destinasi untuk Korang Lawati di Tahun 2019

Kembara Keliling Dunia dalam RUMPUN MELAYU GLOBAL 2