in ,

Semakin Ramai Bintang Ternama Memilih Shopee

Skuad Selebriti Shopee mencecah dua digit dalam tempoh sepuluh minggu dengan penyertaan terbaharu daripada Dynas Mokhtar, Zoey Rahman, Siti Sarah, Shuib Sepahtu dan Ummi Nazeera.

Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan kini menampilkan Dynas Mokhtar, Zoey Rahman, Siti Sarah, Shuib Sepahtu dan Ummi Nazeera dalam senarai Skuad Selebriti Shopee yang semakin berkembang. Dilancarkan pada bulan Mei untuk membolehkan pengguna Shopee mendapatkan produk istimewa daripada bintang tempatan kegemaran mereka, Skuad Selebriti Shopee kini mempunyai 11 jenama selebriti Malaysia untuk kira-kira 10 juta pengguna di Malaysia.

Shopee Celebrity Squad - Image A

“Kami melancarkan Skuad Selebriti Shopee untuk meraikan sokongan rakyat Malaysia kepada selebriti tempatan dan memberi perkhidmatan tambah nilai kepada pengguna kami dari segi kemudahan dan kepelbagaian produk. Kami tidak sabar untuk memperkenalkan lima lagi bintang tempatan yang disayangi ramai kepada komuniti kami, yang membolehkan kami mencecah angka dua digit dalam tempoh sesingkat 10 minggu. Skuad Selebriti Shopee ini telah berkembang lebih pesat daripada yang kami jangkakan dan rakyat Malaysia pasti teruja apabila Shopee terus mendekatkan pengguna tempatan dengan selebriti kegemaran mereka di samping meningkatkan jualan jenama mereka,”

– Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

5 penyertaan terbaharu dalam Skuad Selebriti Shopee adalah: 

  • Dynas Mokhtar,model, pelakon, pengacara TV dan juruacara majlis ini memperkenalkan jenama fesyen untuk penyusuan bayi DNA by Dynas
  • Zoey Rahman, pelakon, pengacara profesional dan model di Malaysia dengan jenama MIKA SERIESyang berkongsi rahsia gaya hidup lebih sihat dengan orang ramai
  • Shuib Sepahtu, bekas juara Maharaja Lawak Mega pada tahun 2013 dengan jenama madu, Bee Factorydan isterinya, Siti Sarah dengan jenama kosmetik, Pinkypinky
  • Ummi Nazeera, pelakon muda yang berbakat ini memperkenalkan jenama fesyen Muslimah, Nazeera

5 selebriti tersebut akan menyertai pelopor Skuad Selebriti Shopee iaitu:

  • YBhg. Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin, penyanyi No 1 Malaysia dengan produk penjagaan kulit dan kosmetik, SimplySiti
  • Nora Danishdengan jenama Owlyang menawarkan fesyen tradisional Muslim dengan sentuhan moden
  • Izara Aishah, pelakon kesayangan ramai dengan jenama kecantikan bibir, Madame Izara 
  • Elfira Loy, bintang drama terkenalSeparuh Jiwaku, dan Heliza Helmi,peserta akhir Akademi Fantasiamusim kelima, dengan jenama mereka EL dan Heliza Guzel Hive– yang menjual fesyen Muslimah
  • Emma Maembong, pelakon dan model berbakat besar dengan produk penjagaan kulit EMBS

Pengguna Shopee pasti ternanti-nanti lebih ramai lagi selebriti yang akan menyertai Skuad Selebriti Shopee yang akan terus berkembang dan mengukuhkan kedudukan Shopee dalam industri e-dagang. 

Bagi meraikan penyertaan lima selebriti yang baharu menyertai Skuad Selebriti Shopee ini, Shopee akan menganjurkan JUALAN PERTENGAHAN MUSIMdari 6 hingga 9 Ogos 2018yang membolehkan pengguna menikmati potongan harga 25%terhad kepada RM50 dengan menggunakan kod baucar CELEBAUGdan penghantaran percuma daripada jenama selebriti kegemaran mereka. Tertakluk pada terma dan syarat.

Layari https://shopee.com.my/m/Shopee-Celebrity-Squaduntuk mendapatkan maklumat berkaitan Skuad Selebriti Shopee. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi Apple App Store atau Google Play Store. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jangan Lupa Konsert Pertama BIG STAGE Pada Ahad Ini

Pertahan Tanah Rizab Melayu Dalam Telemovie KELIR