Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini mengesahkan bekas anggota kumpulan Blackrose, Sha’arin Ahmad Razali dan pelakon, Ida Nerina Husin masih lagi suami isteri mengikut hukum syarak.
Hakim Syarie, Mohd Yunus Mohd Zain membuat keputusan itu selepas mendapati Sha’ari selaku plaintif gagal membuktikan sewajarnya berlaku lafaz cerai seperti yang didakwanya.