in

Gossip Pasangan Artis Merendek Di Hotel

PASANGAN muda ini memang ‘hot’. Ramai menyifatkan mereka sepadan. Malah tidak keterlaluan kalau SS katakan, pasangan muda ini antara pendatang baru yang sedang diulit populariti, sama ranggi, sama berbakat.

Hubungan cinta mereka sering diperkatakan walaupun masih cuba menyorok. Nak kata tak bercinta, pergi ke mana pun asyik berkepit sampaikan kalau si teman wanita itu ada sesi foto, teman lelakinya pun sanggup hantar dan jemput. Jimat duit minyak.

Ramai juga orang sudah melihat kemesraan mereka dan tidak ada yang hendak disorokkan lagi.

Dalam hal ini SS suka dan puji juga cara mereka kerana tidak berpura-pura.

Namun, baru-baru ini, SS dikejutkan dengan perkhabaran sangat kurang enak. Entah betul entah tidak tapi ada pekerja hotel bercerita kepada teman SS, dia sudah nampak pasangan ini selalu ‘check-in’ di hotel tempat dia bekerja.

SOSEH SOSEH: Buka pintu, teman lelaki hanya bertuala!

Hurai teman SS lagi sebagaimana yang dijelaskan kakitangan hotel itu, hotel berkenaan memang agak ‘privacy’ sehingga ia dikatakan menjadi tumpuan golongan tertentu untuk memilihnya sebagai markas ‘merendek’ (maksiat).

Katanya sumber itu lagi, dia bukanlah hendak menuduh pasangan selebriti itu buat hal tak senonoh, tetapi kalau datang berdua-duaan, duduk sebilik pula, hai agaknya buat apa? Main masak-masak ke? Tambah mengejutkan, teman SS cakap, seorang rakan setugas kepada pekerja hotel itu turut memaklumkan, ada satu malam dia tersentak apabila sewaktu menghantar makanan yang dipesan melalui ‘room service’ selebriti kacak itu hanya bertuala!

Bukan itu saja, sempat terbeliak lagi matanya dan terlopong mulutnya apabila melihat artis wanita itu lari-anak anak (mungkin cuba menyorok) kerana hanya berpakaian tidur yang sangat seksi. Ya ampun! Itu saja yang mampu komen SS apabila mendengar cerita teman SS.

Pesan SS cukup-cukuplah cerita yang kita dengar berlaku di Indonesia mengenai video panas itu. Janganlah ia berjangkit sampai ke sini pula sebab nanti akan malu satu Malaya. Sepandai tupai melompat, nanti ‘tertongoih’ juga ke tanah!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dapatkan Sabun Mandian Mangezkin PERCUMA

Gossip Penyanyi Dah Pandai Berlagak Diva