in ,

Kisah Penjaga Garisan Lakonan Fahrin Ahmad & Rita Rudaini

PENJAGA GARISAN ITU SUAMI AKU yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 21 September ini, pukul 9.30 malam mengisi slot Citra di TV2, penonton diajak berkongsi suka duka kerjaya seseorang yang memegang kerjaya dan menggalas tugas sebagai penjaga garisan.

Fahrin Ahmad
Fahrin Ahmad dalam Kisah Penjaga Garisan

Kebiasannya kita didedahkan dengan kerjaya pemain bola sepak yang gah menguasai bola ditengah padang. Kata semangat dan pujian diberikan kepada pemain yang menjaringkan bola atau pun menyumbang dalam menghasilkan jaringan yang menghadiahkan kemenangan kepada pasukan yang diwakili. Begitu juga kecaman yang diterima pemain sekiranya pasukan yang diwakili mereka kalah.

Begitu pun menerusi telemovie bertajuk “Penjaga Garisan Itu Suami Aku” yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 21 September ini, pukul 9.30 malammengisi slot Citra di TV2,penonton diajak berkongsi suka duka kerjaya seseorang yang memegang kerjaya dan menggalas tugas sebagai penjaga garisan.

Pertama, mari kita lihat apa tugas seorang insan yang diibaratkan sebagai ‘pelakon tambahan’ dalam sesuatu perlawanan, jadi tumpuan apabila wujudnya kontroversi iaitu pengadil atau lebih tepatnya penjaga garisan.

Penjaga Garisan Itu Suami Aku

Tugas yang pertama ialah memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan sebelum memberi isyarat kepada pengadil utama, kedua, memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke dalam padang. Ketiga, memaklumkan pemain yang berada dalam kedudukan ‘offside’ dan yang terakhir ialah membantu pengadil utama membuat keputusan apabila ianya diluar pandangan pengadil utama. 

Menampilkan pelakon utama Fahrin Ahmad yang memegang watak Osman, seorang pegawai penjaga garisan yang hidup dalam glamor yang penuh dengan dugaan dan cabaran, telemovie kekeluargaan ini turut dibintangi oleh Rita Rudaini, Tasha Shila dan Adik Carl Zali. 

Ia memaparkan kisah Osman seorang penjaga garisan yang berkonflik dengan isterinya akibat ingin berpoligami. Osman cuba menipu artis popular dengan memberitahu yang isterinya telah memberi izin dia kahwin seorang lagi. 

Satu hari Maria mendapat viral heboh pasal cerita Osman nak kahwin dengan Riyana yang juga selebriti popular dikenali ramai. Lalu dengan penuh rasa kecewa, Maria nekad menghalau Osman keluar dari rumah mereka. Maria benar-benar kecewa dengan tindakan suaminya itu yang berani menduakannya.

Dengan rasa sedih hati, Osman menurut permintaan isterinya itu untuk keluar sehelai sepinggang dari rumah mereka. Dia tahu sukar bagi Maria untuk memaafkannya apatahlagi memberikannya kesempatan untuknya membela diri.

Namun Maria tidak sampai hati melihat Osman berjalan kaki dan meninggalkan rumah. Dia kemudiannya terus memujuk Osman pulang dan memberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatannya itu.

Namun adakah Osman benar-benar insaf dan tidak mahu lagi mengulangi perbuatannya? Ikuti kesudahannya dalam telemovie ini. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom & Google Kumpul 250 Siswa Bagi Latihan Pemasaran Digital

Peraduan Menangi Merchandise GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN