Mengisi slot Panggung RTM, telemovie mengangkat kisah lara bila mana seseorang terpisah daripada keluarga dan orang tersayang dalam tempoh bertahun lamanya hingga tidak tahu mahu mencari dimana. Turut diselitkan emosi seorang kanak-kanak yang sedang meningat usia dan masih di alam persekolahan yang rasa diabaikan oleh ayahnya sendiri.
Pada masa sama jiwanya rasa memeberontak dan hampir terjebak dengan gejala sosial yang berlaku di persekitarannya.
Tangisan Fauziah Nawi dan Rominah Sedik Dalam Telemovie “Hujan Manik”, Slot Panggung RTM di TV1
Disiarkan menjelang sambutan tahun baharu 2019 iaitu pada 31 Disember ini, pukul 9.00 malam di TV1, ikuti plot cerita watak Kalsom, lakonan Fauziah Nawi dan Samiah, Rominah Sedik yang terpisah sejak kecil berikutan serangan komunis semasa era darurat tetapi akhirnya mereka bertemu semula.
Bayu, lakonan Irfan Rajali merupakan cucu kepada Kalsom dan tidak berminat ke sekoah akibat permasalahan yang berlaku di rumahnya. Manakala Nodin (Hairy Jalil) pula sebagai bapa tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada Bayu kerana sikap kecewanya yang masih menebal akibat kehilangan isterinya.
Bayu mendapat perhatian daripada neneknya, Kalsom namun ia belum cukup memberi kesan pada cara kehidupannya membesar. Sebagai anak dia mengharapkan perhatian lebih daripada ayahnya apatahlagi dia membesar tanpa belaian seorang ibu seperti rakan-rakannya yang lain.
Kisah Bayu mendapat perhatian Cikgu Wati (Eyza Aryza) yang menyedari tentang perilaku anak muridnya itu. Dengan bantuan rakannya, Balqis (Elaine Aidid) dan Sofea (Reen Rahim) yang datang dari bandar, dia lalu merancang untuk mengaturkan kempen pembelajaran yang mampu menarik minat pelajar yang bermasalah hadir ke sekolah.
Secara kebetulan Balqis merupakan cucu kepada Samiah yang telah lama terpisah dengan adiknya, Kalsom. Pertemuan Balqis dan Kalsom semasa kehilangan Bayu membongkar rahsia pertemuan melalui gelang yang dipakai oleh Balqis hasil pemberian daripada Samiah sebelum Balqis berangkat ke kampung.
Adakah pertemuan Samiah dan Kalsom mampu mengubah perilaku Bayu dan memberi impak yang besar kepada cara Bayu membesar? Ikuti kesudahan telemovie penuh pengajaran dan penghayatan ini di TV1.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.