Ini setelah beliau diuruskan sepenuhnya oleh ZIME Production yang diuruskan bersama-sama dengan ahli keluarga Zamani serta mengekalkan Aalan Ahmad selaku pengurus beliau.
Baru-baru ini, Budiey ada menerima kenyataan akhbar tentang pengurusan Zamani yang mana penyanyi tersebut tidak mahu mana-mana pihak keliru. Siapakah yang menguruskan Zamani sebenarnya. Dengan siaran akhbar dan membuat kenyataan rasmi berhubung beberapa perkara tersebut, segala persoalan dapat diperjelaskan dan agar tidak timbul isu salah faham di masa hadapan.
“Kerjaya, jadual dan pengurusan saya buat masa ini diuruskan sepenuhnya oleh ZIME Production yang diuruskan bersama-sama dengan ahli keluarga saya serta mengekalkan Aalan Ahmad selaku pengurus saya.
Oleh yang demikian sebarang urusan termasuk urusan show dan lain-lain hendaklah dibuat secara terus ke ZIME Production ataupun melalui Aalan Ahmad.
ZIME Production juga akan mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan ‘merchandising’ dan tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk membuat, mencetak ataupun menjual apa-apa ‘merchandise’ berkaitan dengan saya.
3. Buat masa sekarang ini, pihak pengurusan sedang merancang untuk menubuhkan kelab peminat yang rasmi (Zamani Fan Club). Sebarang maklumat akan diberitahu kelak di laman sosial rasmi saya – Facebook : zamani slam official fanpage dan Instagram : zamanislam_official
Semoga dengan penjelasan saya ini, segala tanda tanya dan desas desus selama ini telah terjawab. Sebarang soalan tambahan boleh diajukan kepada pihak ZIME Production ([email protected]) atau boleh menghubungi Pengurus saya, Aalan Ahmad.”
Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Khabarnya, Zamani akan mengeluarkan single terbaharu tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.