in ,

Sinopsis Telemovie BEBEL Lakonan Khir Rahman

Menerusi telemovie bertajuk BEBEL disiarkan pada 1 Disember ini, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV1, ia menampilkan gandingan pelakon terkenal Ozzlyn Wati, Joey Daud, Alyssa Dezek, Rykarl Iskandar, dan dibantu oleh Habiel Lutfillah Durrani, Raif Irfan dan Raif Ikhwan.

Kisah kehidupan sepasang suami isteri bersama seorang anak lelaki tunggal. Anaknya belajar di sebuah sekolah rendah dan mempunyai tabiat suka berangan. Walaupun begitu ayahnya melihat angan-angan anaknya itu dapat diterjemahkan kepada sesuatu yang lebih positif.

Percaya kepada potensi anaknya itu beliau menghadiahkan sebuah kamera video sebagai galakan supaya anaknya dapat mencurahkan idea dan kreativitinya melalui rakaman video tersebut. Anaknya membuat filem pendek dengan rakan-rakannya dan filem tersebut dihantar memasuki satu pertandingan anjuran sebuah agensi dan berjaya sampai ke peringkat akhir.

poster telemovie Bebel

Plot kisah menarik ini dibawakan kepada penonton dalam karya terbaharu buah tangan pelakon dan pengarah prolifik, Khir Rahman yang bakal menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Taruhan Terbaharu Khir Rahman, Telemovie BEBEL di TV1

Menerusi telemovie bertajuk BEBEL disiarkan pada 1 Disember ini, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV1, ia menampilkan gandingan pelakon terkenal Ozzlyn Wati, Joey Daud, Alyssa Dezek, Rykarl Iskandar, dan dibantu oleh Habiel Lutfillah Durrani, Raif Irfan dan Raif Ikhwan.

Plot kisah kekeluargaan dalam telemovie yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita ini berkongsi watak lelaki bernama Omar bekerja sebagai seorang posmen dan isterinya suri rumah sepenuh masa.

Amin adalah anak lelaki tunggal mereka dan belajar di sebuah sekolah rendah. Anaknya suka berangan. Ibunya pula kuat berleter. Di sekolah Amin mendapat gelaran Mat Amin iaitu sama dengan Mat Jenin. Oleh kerana terlalu berangan Amin seringkali ditegur gurunya.

babak dalam Bebel

Di rumah pula dengan ibunya. Bosan mendengar leteran, dia melepak di dalam sebuah kereta buruk berhampiran dengan rumahnya. Dia lebih selesa mengasingkan diri begitu daripada berdepan dengan ibunya.

Suatu hari dia tertidur sehingga waktu malam dan tidak pulang ke rumah. Keluarga meminta bantuan kejiranan mencarinya dan dia ditemui di tempat lepaknya. Ayahnya melihat tabiat Amin yang suka berangan dari sudut yang positif.

Dia lalu menghadiahkan Amin sebuah kamera video supaya anaknya dapat melahirkan idea kreatifnya dan merakamkannya ke dalam kamera. Amin bersama rakan-rakan sekolahnya telah melakonkan sebuah filem pendek dan kemudian memasuki satu pertandingan yang dianjurkan oleh sebuah agensi. Hasilnya filem tersebut berjaya masuk sehingga ke peringkat akhir.

Lalu apakah kesudahannya? Dapatkah Amin merealisasikan impiannya untuk berkongsi kejayaan dengan orang di sekelilingnya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Kes Elizad Sharifuddin Dipenjarakan?

Lirik Kekecewaan dalam Lagu Sofazr – TAKKAN MUNGKIN