Petang ini, sempena sambutan Ulangtahun Suria FM ke-11 Tahun, radio Suria FM telah menjemput kumpulan Forteen bersemuka dengan Izzue Islam di studio konti. Disaksikan beberapa orang media, mereka berempat telah dipertemukan dalam satu ‘drama air mata’ bagi menjelaskan dan menceritakan secara terperinci tentang kisah dan sebab mengapa berlakunya kekecohan yang berlaku semasa pengunduran Izzue dari kumpulan Forteen.
Isunya Hanya Pertukaran Lagu di Konsert Akhir GEGAR VAGANZA 5
Ceritanya, kisah bermula semasa konsert Akhir GEGAR VAGANZA di perselisihan berlaku semasa pemilihan lagu untuk perform pada malam itu bersama Shafie Rio untuk slot selingan.
Isu ini tercetus dan berlaku secara tidak dirancang dan bukannya satu gimik untuk mempromosikan mana-mana produk atau nama individu atau kumpulan Forteen itu sendiri. Ini diperakui oleh Izzue Islam sendiri. Beliau menafikan komentar dari netizen di mana ada yang menganggap mereka merancang bergaduh.
Semasa sidang media yang dibuat oleh Forteen semalam, tujuan sidang media dibuat untuk memberikan penjelasan kepada media. Ada beberapa media menganggap ada percanggahan pandangan.
“Kami akan sentiasa berada bersama Izzue untuk cheer you up.” – Ameer
“Isu ini bermula apabila abang Shafie Rio telah bersetuju menyanyikan lagu medley, kami cuba lagu medley tu, apabila Izzue tak setuju dan tak puas hati, Kami tukar dengan lagu yang Izzue nak iaitu lagu semasa rehearsal.”
“Perkara ini tiada kena mengena dengan Ameer.” – Izzue
Menurut Ameer, kalau boleh mereka tak mahu perpecahan dan perpisahan seperti ini. Sepanjang 7 tahun, Forteen seboleh yang mungkin untuk bertahan. Tapi apa kan daya, takdir telah memisahkan mereka.
Pada jam 5.50 petang, perbincangan antara Izzue dan Forteen dihentikan untuk memberi ruang bagi mereka berbincang secara private tanpa ada LIVE di media sosial dan juga liputan media.
Apa yang kita harapkan, dengan pertemuan ini dapat menjernihkan hubungan mereka. Terima kasih kepada Suria FM kerana mempertemukan Forteen dan Izzue Islam untuk meleraikan perselisihan.
Khabarnya, Forteen dan Izzue Islam berdamai dengan baik dalam satu drama air mata…?