in

Gossip Artis Popular Bengang dengan Artis Kanak-Kanak

DUNIA hiburan memang penuh warna-warni. Apabila berada di dalamnya, kita boleh lihat pelbagai ragam dan warna sebenar artis. Kadangkala apa yang nampak indah dan bersih itu belum tentu ada kebenarannya.

Artis yang nampak sopan di kaca TV dan layar putih kadang kala belum tentu baik di luar kerana ada yang suka bersikap plastik. Faham-fahamlah sifat plastik, kalau ditanam dalam tanah, makan masa juga untuk reput.

Begitulah sifat artis kita ini yang kadangkala macam tak makan saman. Sebenarnya, SS sentuh isu ini kerana selalunya apabila pihak media bertanyakan kepada artis mengenai isu glamour, baik yang lelaki mahupun perempuan akan pantas jawab dengan klise – kami berlakon kerana minat, bukannya kejar glamor bla… bla… bla. Iyolah!

Jawapan yang diberikan itu sama jugalah dengan apa yang SS ingin sentuh mengenai sikap seorang artis wanita ini. Cerita ini disampaikan satu sumber. Orangnya cantik dan berbakat.

Menurut penyampai cerita, artis ini sedang menjalani penggambaran di sebuah lokasi bersama seorang pelakon kanak-kanak. Suatu hari kru satu program TV datang ke lokasi itu untuk buat liputan, jadi dia seronoklah kan. Dia ingat mereka datang nak temu bual dia tapi perkara sebaliknya pula berlaku kerana kru berkenaan sebenarnya mahu temu bual pelakon cilik berbakat itu.

Akibatnya, artis ini malu sendiri dan dia terus bengang sehingga hilang ‘mood’ nak berlakon. Mukanya mencuka sepanjang hari kerana kecewa dengan kejadian itu. Dalam fikirannya mesti terfikir mengapa mereka tidak hulurkan mikrofon kepadanya sedangkan dia lebih popular. Dia tidak tahu, sebenarnya pelakon kecil itu ditemu bual untuk satu segmen khas dalam program TV terbabit.

Amboi, sampai begitu sekali tahap perasan artis ni. Takkan kerana perkara remeh sebegitu pun nak sentap. Nampak sangat sikapnya tak profesional. Nak kata tak ada publisiti, ia memang selalu ada, tapi tak cukup-cukup!

Agaknya orang pun malas nak ajukan soalan sebab kalau tanya pasal hubungannya dengan teman lelaki yang juga seorang selebriti, dia asyik nak ‘playsafe’, ‘no comment, no comment’.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suami Maya Karin Umum Mahu Bercerai

Ariel Peterpan Meninggal Dunia?