in , ,

Video Zamani vs Billy Zulkarnain BUNGA Trending di Youtube

Tak sampai 24 jam Budiey muat naik video berjudul POWER! Tak Sangka Zamani Boleh Rap! Billy Zulkarnain BUNGA di Final GV5, terus naik mencanak trending di Youtube Malaysia.

Terima kasih kepada semua peminat Gegar Vaganza. Khususnya peminat setia Zamani yang menyokong. Tekan butang LIKE, KOMEN dan ramai yang share video tersebut.

Jumlah tontonan semasa Budiey menulis entri blog ini dah pun mencecah 400,000 tontonan. Video ni sangat menghiburkan. Tu yang ada tekan butang repeat berkali-kali.

Apa yang istimewanya video Zamani di Final GV5? Bagi Budiey, momen ini jarang kita tengok. Zamani beronggeng bersama Ameng semasa persembahan lagu LAGU JIWA LAGU CINTA. Malah, video Zamani rap juga menjadi kenangan sepanjang karier beliau sebagai penyanyi. Tak pernah disuruh nyanyi rap. Hanya di Gegar Vaganza sahaja.

Budiey nak memetik komentar yang ditulis di ruangan komen saluran Budiey Channel:

“Wow amazed sangat They way Billy n Nine treat Zamani. Seriously nampak keikhlasan mereka berdua utk saling support each other, It’s doesn’t look like a competition dah mcm concert diaorg eh sangat positive disitu. Semoga kalian bertiga terus success in future dan terus menjadi kesayangan semua.” – MS PQA

“Video ni baru nmpk clear zamani menari,bole pun lompat2 comel je.” – NAZMA ABYANA

“Billy Zulkarnain! thank you sebab banyak effort hype kan peeformance ni sbb abang zamani xboleh dance sgt. You guys are awesome. Memang kena bagi credit lah!” – SCHA N

“Aku x leh move on la lagu ni..sangat cute abang zamani rap..tenkiu BZ tak overshadow pon ..sama2 je kerjesama.” – NUR IZA.

Zamani trending

Melewati usia 47 tahun, Zamani adalah legenda dalam industri muzik serantau yang begitu merendah diri. Ramai peminat mengandaikan di usia ini, Zamani masih boleh mencipta nama untuk menongkah arus muzik semasa.

Bakat yang ada tak berkubur. Malah, selepas keluar dari GV5, Zamani telah pun diintai oleh beberapa orang komposer termasuklah Faizal Tahir!

Sama-sama doakan semoga Zamani sihat dan dapat berkarya untuk mengubat rindu peminat.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ziana Zain Mohon Maaf Hina Mahkamah

Berani Betul Artis Baru Sindir Anuar Zain?