Trending di Youtube sekarang ini ialah sebuah muzik video berjudul DAN KETIKA ITU nyanyian Zulin Aziz. Dikatakan penghasilan muzik video tersebut ‘tak dirancang’ selepas Zulin Aziz tidak jadi untuk berkahwin dengan seorang jejaka pilihan hatinya.
Menurut Zulin, beliau mahu mengajak semua agar memahami hikmah yang tersirat dari tragedi itu dan mengajak semua agar kembali kepada Allah.
Di sebalik ucapan TAHNIAH yang diterima, Zulin Aziz masih lagi bersedih dan mahu move on. Beliau mengatakan muzik video tersebut bukanlah satu gimik kerana penghasilannya tidak memberikan keuntungan dari segi wang ringgit. Lagu tersebut tidak dikomersialkan di saluran penstriman lain selain Youtube.
Semoga Zulin tabah melalui hidup yang penuh dugaan ini.