in ,

Misha Omar, Noryn Aziz & Siti Sarah Bergabung di Konsert Soul Sisters 2019

Teka-teki mengenai siapa penghibur popular yang bakal beraksi dalam Konsert Soul Sisters di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur pada 5 & 6 April 2019 akhirnya terjawab hari ini.

Penerbit Konsert Soul Sisters, Edd Razhe begitu yakin dengan keunikan vokal gandingan Misha Omar, Noryn Aziz dan Siti Sarah bakal memberikan warna baharu kepada penggemar muzik tempatan.

Konsert Soul Sisters 2019

Menampilkan genre muzik Soul dan R&B, konsert unik dan hebat itu akan diterbitkan oleh syarikat produksi persembahan Edd Razhe Entertainment (ERE).

Misha Omar, Noryn Aziz dan Siti Sarah bakal merakamkan single khas, Bersatu Suara sempena konsert yang bakal berlangsung di Istana Budaya, Jalan Tun Razak pada 5 dan 6 April 2018.

Konsert Soul Sisters 2019

Pada sidang media di Acme Bar & Coffee, Pavilion Elite, Kuala Lumpur, Produser dan Pengarah Urusan ERE, Encik Edd Razhe atau Abang Edd, berkata konsert itu akan menjanjikan sebuah persembahan berbeza berbanding konsert-konsert lain yang pernah dipersembahkan di IB.

“Pemilihan 3 penghibur popular Malaysia ini dibuat berdasarkan reputasi serta kemampuan mereka menyanyi secara live termasuk mendendangkan lagu bergenre soul dan R&B. Mereka juga berkebolehan menyampaikan lagu-lagu Inggeris dengan hebat.

“Bagi saya, ketiga-tiga artis rakaman ini sudah lama mencipta nama di rantau ini dan sudah sampai masanya mereka diberi peluang untuk beraksi dalam konsert berprestij di pentas IB. Sebagai satu kelainan, ERE mengorak langkah menggabungkan mereka buat pertama kalinya sebagai Soul Sisters, khusus untuk tatapan peminat pada konsert ini,” – Edd

Kata Edd lagi, konsert selama hampir 2 jam itu akan mengetengahkan beberapa segmen menarik dan kesemua mereka akan diiringi oleh sekumpulan pemuzik profesional pimpinan Dato Nasser Abu Kassim.

Selain itu Soul Sisters Concert bakal menggabungkan kepakaran teknikal, penataan cahaya, visual dan bunyi yang bertaraf antarabangsa.

Poster Konsert Soul Sisters 2019

Soul Sisters

Konsert itu turut menampilkan Datuk Syafinaz Selamat sebagai pengarah vokal, manakala Datuk Nasser Abu Kasim sebagai pengarah muzik.

Edd menjelaskan, ketiga-tiga penyanyi terbabit mempunyai keistimewaan tersendiri, sekali gus memberi kelebihan kepada mereka untuk beraksi pada konsert itu.

Memang ada ramai artis yang boleh menyanyikan lagu berirama soul dengan baik, namun konsert ini dianjurkan bukan berlandaskan genre muzik semata-mata.

“Sejak awal perancangan, nama mereka sudah berada dalam fikiran kerana setiap penyanyi memiliki daya tarikan yang kuat untuk membawa khalayak ke konsert ini.

“Lagipun, mereka belum pernah diberi peluang mengadakan persembahan berskala mega, membuatkan saya yakin ketiga-tiga nama ini mampu beraksi hebat,”

Hadir sama pada sidang media ini adalah Penasihat Konsert Soul Sisters, YBhg Dato’ Aziz Bakar dan Pengarah Vokal Datuk Syafinaz Selamat.

Harga Tiket & Info Bagaimana Nak Dapatkan

Tiket-tiket berharga RM755 (Meet & Greet), RM555 (Diamond), RM355 (Platinum), RM255 (Gold) dan RM155 (Silver) boleh ditempah mulai 8 November 2018 menerusi www.airasiaredtix.com
Sebarang pertanyaan mengenai tiket juga boleh dibuat melalui e-mel [email protected]

Konsert Soul Sisters 2019

Konsert Soul Sisters 2019

Konsert Soul Sisters 2019

Konsert Soul Sisters 2019

Konsert Soul Sisters 2019

MENGENAI EDD RAZHE ENTERTAINMENT
Setelah hampir 20 tahun meninggalkan dunia hiburan, Encik Edd Razhe atau lebih dikenali sebagai Abang Edd kini kembali mewarnai industri muzik tempatan dengan menjadi produser konsert, pengarah, pemilik label rakaman serta promoter persembahan. Semua itu bakal direalisasikan dengan tertubuhnya syarikat milik beliau – Edd Razhe Entertainment (ERE).

Selama ini nama Abang Edd dalam dunia hiburan di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam bukanlah asing kerana beliau sudah lama bertanggungjawab mencungkil bakat, menggilap dan menguruskan kerjaya ramai bintang terkenal. Antara mereka adalah kumpulan Feminin, D Boyz, Maya Karin, Tam Suhaimi dan Yassin Sulaiman (Kumpulan Brothers).

Beliau yang kini bertugas dengan pengurusan AirAsia Berhad sebagai Pembantu Peribadi kepada Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad (AirAsia) dan Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia X Berhad – Datuk Kamarudin Meranun sejak 18 tahun lalu, pada awalnya pernah menjadi penari profesional dengan Ogy Ahmad Daud Dancers, Maya Studio dan TAGS Dancers pada era 1980-an. Beliau juga pengasas kepada syarikat Feminin Productions. Malah pada zaman itu juga beliau pernah terlibat dengan program Citrawarna Malaysia bersama RTM.

Menerusi AirAsia Berhad, Abang Edd juga bertanggungjawab menjemput artis-artis tempatan bagi program-program AirAsia Berhad.

Pada 2011 dan 2012, Abang Edd pernah menjadi hos program AirAsia Travelogue bersama selebriti popular di Malaysia. Menerusi program siaran TV3 itu, Abang Edd terbang ke pelbagai destinasi AirAsia X seperti England, Australia, Thailand, Perancis, Jepun, Indonesia, Filipina dan Hong Kong.

Dengan menubuhkan ERE baru-baru ini, Abang Edd berharap dapat menyemarakkan lagi dunia seni dan hiburan dengan pelbagai konsert, showcase dan persembahan yang berprestij. Dengan misi terbarunya itu Abang Edd ingin meneroka pasaran negara jiran khususnya Singapura, Brunei Darussalam dan Indonesia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza Musim 5 Separuh Akhir

Info Tentang Konsert Dua Cinta 2018