Bersempena dengan perayaan Deepavali, satu tayangan untuk filem THUGS OF HINDOSTAN yang bakal berada di pawagam mulai 8 November ini, Budiey dengan kerjasama Nusantara Seni Karya ingin mengajak 60 orang pembaca dan selebriti untuk menonton filem yang padat dengan aksi ini.
Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?
Untuk info pembaca, filem ini dilakonkan oleh Amitabh Bachchan, Aamir Khan, Katrina Kaif, Fatima Sana Shaikh dan ramai lagi.
Filem arahan Vijay Krishna Acharya ini pastinya dinantikan oleh peminat memandangkan filem ini dikatakan memaparkan aksi yang cukup mengujakan penonton.
Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer THUGS OF HINDOSTAN yang telah diriliskan di saluran Youtube Nusantara Seni Karya.
Sinopsis Filem THUGS OF HINDOSTAN
Vijay Krishna Acharya (Victor), the writer-director of the all-time YRF blockbuster DHOOM:3, teams up once again with Aamir Khan in THUGS OF HINDOSTAN along with Amitabh Bachchan to give the audience a never seen before experience of larger than life filmmaking!
Peraduan Premiere Filem THUGS OF HINDOSTAN
Sensasi Selebriti dengan kerjasama Nusantara Seni Karya ingin menghadiahkan 60 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton filem THUGS OF HINDOSTAN. Tayangan ini akan diadakan pada:
Tarikh:
8 November 2018 (Khamis)
Masa Pendaftaran:
8.00 malam
Tayangan Filem:
9.00 malam
Tempat:
TGV 1 Utama
Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere Filem THUGS OF HINDOSTAN – Budiey.com di TGV 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?
Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #ThugsOfHindustanMY
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #ThugsOfHindustanMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Jawab soalan mudah ini:
1. Namakan seorang pelakon utama filem THUGS OF HINDOSTAN
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu menonton dan meramalkan filem THUGS OF HINDOSTAN kerana – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Premiere Filem THUGS OF HINDOSTAN – Sensasi Selebriti
Tarikh tutup peraduan:
7 November 2018
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada Nusantara Seni Karya Sdn Bhd dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.