in ,

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Macbook Air 2018

Sekarang, mana-mana Budiey pergi, dapat lihat komputer riba nipis telah menjadi trend ramai pengeluar seluruh dunia.

Baru-baru ini, Apple telah melancarkan Macbook Air terbaru. Yeay! Lebih nipis, lebih ringan. Lebih cantik! Penamat tahun 2018 lebih indah dengan pelbagai fungsi baharu yang mengindahkan lagi dunia kita. Perubahan pertama… Macbook Air kali ini dilengkapi dengan Retina Display dengan paparan warna yang lebih baik. Seperti yang dijangka la kan. Pewarnaan lebih jitu – sekaligus menjadikan penyuntingan gambar dan video menggunakannya menawarkan hasil yang lebih kemas.

Macbook Air 2018

Sekarang, mana-mana Budiey pergi, dapat lihat komputer riba nipis telah menjadi trend ramai pengeluar seluruh dunia. Namun, Apple yang pada awalnya hadir dengan MacBook Air telah sekian lama tidak memperkenalkan kemaskini untuknya

Kekunci Macbook Air kali ini menurut Apple mempunyai keyboard dan touchpad yang jauh lebih baik dari Macbook Air sebelumnya menggunakan teknologi generasi ke-3 kekunci Apple.

Macbook Air 2018

Budiey sangat teruja dengan perubahan MacBook Air yang kini datang bersama Retina Display dengan saiz 13.3 inci, 2550 x 1660 dan ruang pad sentuh lebih luas. Jadi, gambar lagi lebih jelas, lebih tajam dan memukau dengan pesona yang lebih menyerlah.

Ada Touch ID & Lebih Laju

Terdapat butang Touch ID di sebelah kanan yang mempunyai pelbagai fungsi.

MacBook Air mempunyai CPU Intel Dual Core i5 gen8 16GB dan SSD 1.5TB manakala RAM minimum 8GB.

Model pertama menggunakan CPU Intel Core M 1.1GHz dengan kemampuan pecutan turbo sehingga 2.4GHz, RAM 8GB dan setoran SSD 256GB.

Manakala model kedua pula dilengkapi CPU Intel Core-M 1.2GHz dengan kemampuan pecutan turbo sehingga 2.6GHz, RAM 8GB dan setoran SSD 512GB pada harga RM5,829.

Macbook Air 2018

Lebih Selamat & Lebih Ringan

Ia mempunyai jangka hayat bateri selama 13 jam dengan rekaan 100 peratus aluminium yang dikitar semula sekali gus mengurangkan 50 peratus karbon. Jadi, Macbook terbaharu ini lebih ringan.

Kamera masih diposisikan pada bahagian atas untuk memudahkan anda melakukan panggilan video mahupun FaceTime kepada sehingga 32 orang pengguna pada waktu sama.

https://youtu.be/G7iI7YmIr30

Papan Kekunci Butterfly & USB-C

Apple turut melengkapkan Macbook 12 Retina dengan papan kekunci dan pad pengesan baru yang sensor tekanannya ditambah bagi tujuan kerja perkomputeran seperti klik dan memberi getaran sebagai respons kepada tekanan yang diberikan.

Selain pada paparan dan sokongan Touch ID, satu lagi perubahan yang dibawakan pada MacBook Air baru ini adalah sokongan papan kekunci Butterfly generasi ketiga yang digunakan pada MacBook Pro.

Papan kekunci ini menawarkan rekaan mendatar, dan mungkin tidak menjadi kegemaran ramai pengguna pada awalnya – kerana jarak anda menaip yang sedikit dekat berbanding pada kebanyakkan komputer riba lain di pasaran. Alah bisa tegal biasa. Selepas anda biasa dengan papan kekunci Butterfly ini, mungkin anda selesa, dan akan dapat melakukan input dengan pantas.

Bahagian trackpad juga kini bersaiz sedikit besar berbanding sebelum ini, selain pada masa yang sama menyokong input Force Touch.

Macbook Air 2018

Salah satu ciri baru yang hadir pada MacBook Air baru ini adalah sokongan Touch ID. Touch ID menawarkan sekuriti tambahan kepada komputer riba anda, dimana ia membolehkan anda log masuk ke komputer menggunakan cap jari.

Selain daripada itu, Touch ID juga berfungsi sebagai pengesahan tambahan ketika anda ingin membeli atau memuat-turun sesuatu kandungan.

Apple turut mengatakan yang mana kini ia hadir dengan sokongan speaker stereo yang lebih kuat.

Komputer riba ini dicas menggunakan USB-C, dan Apple mengatakan ia mampu menawarkan masa penggunaan sepanjang hari dengan sekali pengecasan penuh

Bentuk Lebih Mewah & Nipis

MacBook Air baru ini boleh dikatakan diposisikan antara MacBook dan juga MacBook Pro. Ruang bezel di tepi skrin juga telah dikurangkan. Macbook Air baru mempunyai 17% kurang ruang bezel berbanding Macbook Air generasi sebelumnya. Ia untuk memuatkan skrinnya yang berukuran 13.3 inci.

Apple mengatakan komputer riba ini kini dibina menggunakan aluminium yang dikitar semula 100%, sekaligus menjadikannya lebih mesra alam berbanding pengeluar lain di dunia. Dari segi binaan dan ketika memegangnya, ia masih menawarkan pengalaman seumpama MacBook yang lain dipasaran – dimana ia teguh dan kelihatan premium.

Macbook Air kali ini turut mempunyai dua USB-C ports, dan 3.5mm bicu audio. Turut disertai adalah teknologi Touch ID dikuasakan oleh cip T2.

Apple membuka jualan laptop terbarunya, Macbook 12 Retina di Malaysia dengan pilihan dua model. Ia berharga paling murah RM4,769.

Macbook Air 2018

Budiey akan pilih warna emas sebab nampak cantik dan lebih mewah.

Terdapat tiga warna pilihan untuk Macbook 12 Retina ini iaitu perak, emas dan kelabu sama seperti yang ditawarkan untuk telefon pintar Apple iPhone 6.

Dari segi spesifikasi, MacBook Air hadir dengan cip Intel Core i5 generasi kelapan, memori sehingga 16GB RAM, dan storan sehingga 1.5TB. Komputer riba ini turut hadir dengan penawaran dua port Thunderbolt 3, selain sokongan grafik Intel UHD Graphics 617.

Untuk pembelian Macbook 12 Retina di Stor Apple secara ‘online’, pengguna perlu menunggu tempoh penghantaran empat hingga enam minggu.

Macbook 12 Retina baru ini memperlihatkan rekaan papan induk yang tidak memerlukan kipas untuk penyejukan memberikannya lebih ruang untuk memuatkan bateri sehingga membantunya mencapai tahap kenipisan hanya 13.1mm dan berat kurang 1kg.

Korang nak pilih yang mana satu?

Sumber: Portal Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Goyang Yuk Bersama Legenda Dangdut Malaysia

Mona Allen & Ana Dahlia Hos dalam Travelog KELANA PULAU