Genre: Horor / Suspense / Thriller
Theatrical Release : 24 Jun 2010
Runtime : 94 min.
Pelakon : Emma Bell, Shawn Ashmore, Kevin Zegers, Adam Green
Pengarah : Adam Green
Screenwriter : Adam Green
Story : Adam Green
Studio : Anchor Bay Films
Sinopsis : Hari yang biasa di pergunungan salji berubah menjadi mimpi buruk yang mengerikan bagi tiga snowboarders iaitu Parker O’nell, Joe Lynch dan Dan Walker ketika mereka terkandas dengan terikat di kerusi gantung sebelum ski terakhir mereka. Mereka semakin panik, setelah patrol ski berhenti dan lampu malam dipadamkan, lalu tinggallah mereka bertiga tergantung tinggi di atas tanah dan mengalami kesukaran. Tiga pemain ski yang terkandas ini dipaksa untuk membuat pilihan hidup atau mati. Adakah mereka dapat melepasi segala cabaran dan adakah mereka menyerah kalah dan memilih untuk tinggal dan mati dalam kesejukan salji? Beli tiket, anda tonton sendiri!
Biasanya, sesebuah filem itu digarap dengan situasi atau senario yang keungkinan besar kita akan tempuhi. Kalau sebelum ini kita dihidangkan dengan filem horror dan thriller seperti JAWS, kali ini mungkin senarionya berbeza tapi elemennya masih sama. Filem ini menggunakan pelakon yang sangat minima dengan berlatar belakangkan musim salji. Namun, ternyata filem ini berjaya dengan lakonan bersahaja dari Kevin Zegers (TRANSAMERICA, DAWN OF THE DEAD), Shawn Ashmore (X-MEN, THE RUINS) dan Emma Bell (DOLLHOUSE, SUPERNATURAL). Apa taknya, lihat sahaja siapa pula yang mengarap skrip dan plot cerita ini. Ya, filem ini diarah oleh Adam Green dan penerbit filem SAW I-VI, CRANK dan RAMBO.
Ketika menonton filem ini, Budiey dapat merasakan kematian yang akan ditempuhi oleh 3 penggerak utama filem ini. Mati dalam kesejukan. Terasa kesejukan yang mereka alami itu menusuk-nusuk dan mengerikan. Bayangkan sekiranya kita terkandas seperti mereka di tengah-tengah hutan pergunungan salji. Tergantung setinggi 100 meter dari bumi. Tiada yang melindungi badan selain baju tebal yang dipakai. Bertambah genting apabila mendapati tempat pelayar ski itu akan dibuka 5 hari kemudiannya. Siapa yang tak panik? Kalau Budiey… tak tahulah. Mesti tak tahu nak buat apa.
Filem ini mengajar kita supaya jangan terlalu ghairah dengan permainan dunia. Jangan pernah menyerah kalah dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam hidup. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Masa menonton filem ni, Budiey terfikir sebab musabab berlakunya trajedi sebegini. Apa yang perlu diingatkan setiap apa dalam dunia ni kena diberi perhatian dan jangan memandang remeh terhadap apa sahaja keadaan. Juga kalau boleh jangan jadi orang terakhir yang balik dari mana-mana tempat rekreasi seperti lokasi pelayar ski ini.
FROZEN adalah sebuah filem horror yang ngerinya itu agak berlainan dengan apa yang kita tengok dalam filem horror lain. Seratus peratus filem ini berlokasikan pada musim salji. Kesejukan yang teramat sejuk sehingga meragut nyawa manusia. Filem ini tidak menggunakan elemen seram tapi ia meneksploitasi perasaan penonton. Filem ini tidak menuntut anda terkejut dengan tragedi atau insiden yang berlaku tapi anda pasti akan merintih kesakitan semasa menonton filem ini.
Usaha gigih 3 orang yang terkandas ini nampak realistik dan mungkin pernah terjadi. Apa yang menjadikan filem ini unik ialah plot penceritaan yang agak lancar walaupun ada beberapa babak dan skrip agak membosankan penonton. Ini adalah filem yang boleh dikategorikan dalam Survival Film. Bagi sesetengah penonton, mungkin filem ini dilalui dengan penuh emosi dan juga fizikal. Budiey tengok pun rasa macam kesian je apabila ada beberapa insiden yang berlaku kepada 3 orang peluncur ski ini.
Untuk filem ini, Budiey kasi 2.5 bintang dari 5 bintang.
Filem ini ditayangkan mulai 24 Jun 2010 di Malaysia.