Maka bertebaranlah khabar angin serata alam tentang perihal Apple yang bakal menganjurkan ‘Special Event’ pada penghujung bulan Oktober ini.
Ternyata rumor itu sangat tepat. Emel jemputan telah pun dihantar kepada media. Di jemputan itu tertera logo Apple yang dilukiskan dengan pelbagai cat warna yang berwarna-warni. Sangat kreatif. Tertera tagline: “There’s more in the making.” Rasanya apa la yang akan diumumkan ya?
Maka berduyunlah media menyiarkan perkara ini sebab mereka sangat teruja untuk mengumumkan yang mereka dijemput. Mak Aih!
Apple Bakal Umum Produk Terbaru Pada 30 Oktober Ini
Acara pengumuman itu akan berlangsung pada 30 Oktober jam 10 pagi berlokasikan Brooklyn Academy of Music, Howard Gilman Opera House.
Paling mengejutkan apabila tekaan dan ramalan vlogger tentang iPad Pro terbaru juga betul. Yes, iPad Pro bakal berwajah baru katanya dengan beberapa aspek yang dipertingkatkan. Budiey tak pernah pakai iPad Pro dan kali ini Budiey nak dapatkan satu sebab belum ada lagi kan.
“Apple secara rasmi mengumumkan tarikh bagi Acara Khas di Brooklyn Academy of Music, Howard Gilman Opera House pada 30 Oktober 2018 jam 10.00 pagi (waktu New York).”
Selepas memperkenalkan iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone XR dan Apple Watch 4 sebulan yang lalu, Apple kini menjemput media untuk acara khas pada 30 Oktober. Sudah tentu, syarikat itu telah menganjurkan acara susulan pada bulan Oktober di mana sebelum ini pun masih ingat lagi pada tahun 2016, Apple turut mengumumkan tiga komputer iMac, Macbook baru dan Apple TV. Pada tahun 2014, Apple melancarkan iPad Air 2 & iPad Mini 3.
Skrin OLED dan Face ID
Antara produk yang dijangka akan diperkenalkan termasuklah iPad Pro yang hadir dengan skrin OLED dan bakal menyokong Face ID buat kali pertama.
Paling gempak, ada ramalan mengatakan iPad Pro tak lagi menggunakan lightning tapi mengguna USB-C.
Menurut laporan Bloomberg, Apple sedang menyediakan dua iPad Pro baru iaitu satu yang mengukur “sekitar 11 inci,” yang boleh menjadi setara kasar model 10.5 inci semasa, dan model 12.9 inci. Sebelum ini, penerbitan telah melaporkan bahawa Apple bekerja pada sekurang-kurangnya satu Pro iPad baru, model 10.5 inci.
Selain tiada notch, iPad kali ini dikatakan lebih nipis dan menyamai bezzels dari iPhone 5.
Menurut 9to5Mac, Apple telah membangunkan Pensil versi baru. Seperti pencetak EMR Wacom – dan Airpods Apple sendiri – Pensil baru akan secara automatik mengesan dan berpasangan dengan iPad Pro terbaru apabila berada berdekatan, dan anda boleh beralih dengan mudah antara peranti Apple yang disokong.
Selain iPad Pro, Apple dikatakan akan melancarkan Macbook Air terbaru, AirPods yang dipertingkatkan, HomePod yang lebih kecil dan juga beberapa produk lain.
Menyentuh tentang iPad Pro terbaharu, ia akan dikuasakan dengan cip pemprosesan A12X Bionic dan hadir dengan RAM sebesar 4GB. iPad sebelum ini hanya diperkemaskan dengan superior Retina display & Smart Connector.
Tiada Lagi Takik (Notch)
Yang penting, tidak ada notch (takik) pada ikon tersebut tetapi khabar angin mencadangkan bahawa model baru ‘bezels dapat menampung Face ID tanpa notch.
Pemaju Steve Troughton-Smith, yang telah menemui banyak produk dan ciri Apple sebelum mereka diumumkan secara rasmi, mengatakan bahawa beta iOS 12 menunjukkan iPad masa depan akan mempunyai Face ID – dan ia juga akan dapat membuka kunci peranti walaupun dalam landskap mod, sesuatu yang bahkan tidak boleh dilakukan pada iPhone yang terbaru dilancarkan.
Topik tentang AirPower juga satu perkara yang mengujakan dibincangkan sebab dah setahun tertangguh. Mungkin Apple ada sebab tertentu kenapa mereka belum melancarkan produk ini.
AirPower ini besar kemungkinan akan dijual di Malaysia sekitar RM899.00.
Beberapa lagi rumors tentang pengumuman terbaru pada 30 Oktober ini. Di mana produk iPad tidak mempunyai 3.5.. headphone dan Apple mungkin takkan memperkenal iPad Mini terbaru.
Apa-apa pun, kita tunggu pengumuman rasmi daripada Apple pada 30 Oktober ini.