in

Sebelum Menonton, Ini Fakta Tentang GOL & GINCU VOL. 2

Tayangan Perdana filem Gol & Gincu Vol. 2 yang dinanti-nantikan telah diadakan secara gilang gemilang di ruang legar Sunway Putra Mall malam tadi dan dihadiri lebih seribu tetamu yang terdiri daripada penggiat seni tanah air, selebriti tempatan, warga produksi filem dan peminat filem. Acara bertemakan ​glitz d​ an glamor itu dimulakan dengan sesi Tayangan Media di TGV Sunway Putra Mall pada sebelah petang, yang disusuli dengan sidang media bersama pelakon-pelakon, penerbit, penulis dan pengarah filem.

Acara bertemakan ​glitz d​ an glamor itu dimulakan dengan sesi Tayangan Media di TGV Sunway Putra Mall pada sebelah petang, yang disusuli dengan sidang media bersama pelakon-pelakon, penerbit, penulis dan pengarah filem.

Untitled

KEMUNCAK GOL & GINCU VOL. 2

Diterbitkan oleh Red Films, filem Gol & Gincu Vol. 2 diberi nafas baru oleh pengarah Umi Salwana Omar yang pernah mengarah siri kegemaran ​Oh My English d​ an bekerja di belakang tabir filem ​Songlap, Istanbul Aku Datang dan juga ​Crazy Rich Asians​.

“Mengarahkan Gol & Gincu vol. 2 tidaklah begitu mudah kerana tanggungjawabnya sangat berat,” kata Umi Salwana Omar, pengarah filem.

“Ianya perlu mewakili suara generasi kini tapi masih mengekalkan intipati Gol & Gincu terdahulu – memperkasakan wanita, persahabatan dan membentangkan isu semasa. Dan walaupun fokus filem reboot ini adalah untuk generasi kini namun harapan para peminat Gol & Gincu yang menunggu selama 13 tahun juga perlu diambil kira.”

Filem Gol & Gincu Vol. 2 mengisahkan tentang dua gadis yang mempunyai nama yang sama terpaksa menjalani hukuman khidmat sosial apabila video pergaduhan mereka di surau menjadi tular. Usaha untuk mengumpul dana bagi sebuah rumah remaja bermasalah telah menjadikan mereka akrab namun menjerumuskan mereka kepada permasalah yang lebih besar.

“Diana Danielle dan Ummi Nazeera sebagai teraju utama filem telah memberi dedikasi yang penuh terhadap watak mereka dari segi transformasi diri secara fizikal dan mental,” kata Lina Tan, penerbit filem. “Kedua – dua watak Zakiah mempunyai perangai stereotaip wanita yang kita semua boleh kenali tetapi stereotaip itulah yang kita hendak persoalkan dan menukarnya kepada satu imej yang lebih positif bagi wanita Malaysia.”

Pelakon – pelakon popular lain yang turut menjayakan filem Gol & Gincu Vol. 2 termasuklah Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Sazzy Falak, Sharifah Amani, Sherry Al-hadad serta penampilan istimewa Ziana Zain dan Nadia Nisaa sebagai kakak kepada Yaya. Filem ini juga memperkenalkan sebarisan pelakon baharu seperti Jad Hidhir, Iezahdiyana Alaudin, Tiara Anchant, Grace Ng, Aida Noris, Intan Serah, Nik Nasuhah dan Annabel Michael.

Malam Tayangan Perdana Filem Gol & Gincu Vol. 2 dimeriahkan dengan persembahan lagu-lagu yang baharu dalam filem ini seperti lagu ​On It! o​ leh Mimi Fly dan ​Fierce ​ciptaan Mia Palencia. Kaka Azraff dan Aizat Amdan menggamatkan suasana kemuncak malam tayangan perdana dengan menyanyikan lagu tema rasmi filem Gol & Gincu Vol. 2 iaitu ​Shout it Out dan Hari-Hariku.​

Bagi peminat-peminat yang mahu menjadi penonton awal filem Gol & Gincu Vol. 2, tempahan tiket bagi tayangan awal filem ini di TGV pada 20 dan 21 Oktober ini telahpun mula dijual. Bagi ahli-ahli MovieClub, TGV menawarkan harga tiket wayang serendah RM10.00. Barisan pelakon Gol & Gincu Vol. 2 bakal mengadakan sesi ramah mesra di dua lokasi TGV yang mengadakan tayangan awal filem ini iaitu di TGV KLCC dan TGV Wangsa Walk.

Terdahulu, siri jelajah ​Gol & Gincu Vol. 2 Day Out telah ke UITM Shah Alam dan MMU Iskandar City, Johor bagi sesi perkongsian dan bual bicara disebalik tabir bersama pengarah, penulis lakonlayar dan pelakon-pelakon pada 4 dan 11 Oktober yang lalu. Siri Jelajah ​Gol & Gincu Vol. 2 Day Out bakal diteruskan lagi minggu hadapan dengan kunjungan ke Universiti Malaya pada 24 Oktober dan Universiti Sains Malaysia pada 26 Oktober.

Untuk maklumat terkini mengenai siri jelajah dan senarai pawagam yang bakal menayangkan filem Gol & Gincu Vol. 2 ikuti @GolGincu2 dan #GolGincu2 di laman Facebook, Instagram, dan Twitter atau kunjungi www.golgincu2.com.my

Untitled

7 Perkara Menarik Mengenai Filem Gol & Gincu Vol. 2:

1. Gol & Gincu Vol. 2 adalah filem pertama yang menggandingkan Diana Danielle dan Ummi Nazeera.

2. Penampilan Diana Danielle berambut pendek dalam filem ini merupakan pengalaman pertama baginya sejak kecil.

3. Ummi Nazeera hanya mengetahui keadaan dirinya yang mengandung apabila dia ke hospital untuk membuat imbasan X bagi memeriksa kakinya yang terseliuh.

4. Sewaktu penggambaran filem ini, pengarah Umi Salwana Omar telah tergelincir jatuh dan kepalanya terhentak di lantai. Umi terpaksa dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Penggambaran dihentikan selama sehari dan walaupun dalam kesakitan, Umi telah kembali ke set penggambaran untuk mengarah.

5. Min Luna yang bertindak sebagai pereka produksi filem telah memilih sepuluh orang pereka fesyen tempatan untuk menyumbangkan rekaan mereka bagi diperagakan oleh barisan pelakon filem Gol & Gincu Vol. 2 yang dipaparkan dalam babak penting filem ini. Pereka-pereka yang terlibat adalah Alia Bastamam, Tom Abang Saufy, Rico Rinaldi, Afiq M., Yadotsa, Tsyahmi, Zaimi Zulkifli, Syomir Izwar Gupta, Ezzati Amira dan Nurita Harith.

6. Pelakon Fazura tidak sempat membuat penampilan khas di dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 kerana tarikh penggambaran bertembung dengan penggambaran filemnya yang lain dan juga tarikh perkahwinannya. Walau bagaimanapun dia turut hadir di tayangan perdana untuk memberi sokongan.

7. Semua pasukan futsal wanita di dalam filem Gol & Gincu vol. 2 adalah pasukan sebenar selain Pasukan Red heatz yang menampilkan pemain futsal negara Niena Azman, Hannani dan Hanis serta personaliti radio ERA Fifie dan Khalie.

Untitled

MENGENAI RED FILMS SDN. BHD.

Red Films adalah sebuah syarikat penerbitan filem terkemuka yang mendedikasikan penubuhan untuk mencipta, menghasil dan menyampaikan filem kepada khalayak seluruh dunia dengan tumpuan yang disasarkan kepada demografi Asia. Diasaskan oleh Lina Tan pada tahun 2004, Red Films memainkan peranan penting dalam menyokong gelombang baru penerbit filem Malaysia untuk terus bersinar di Festival Filem Antarabangsa, serta menetapkan piawaian baru dalam filem komersial untuk penonton arus perdana. Portfolio filem adalah termasuk Istanbul Aku Datang (Filem Komedi Terbaik – Anugerah dan Komedi Filem Antarabangsa Asean, Anugerah Komedi Malaysia 2013), Pisau Cukur (2009), Songlap (Best Film Malaysia Film Ciritics Award, Asean International Film Festival Awards, Shout Awards 2012), Kami Histeria (Pencalonan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia 2015), Rembat (Pengarah Terbaik dan pencalonan filem 2015), Kami (Best Film Shout Awards, Best Screenplay Skrin Awards, Jury Awards Malaysian Film Awards 2009) dan Gol & Gincu (Filem Paling Popular @ Anugerah Filem Malaysia 2005).
Red Films adalah sebahagian daripada Red Communications iaitu sebuah syarikat penerbitan televisyen dan komersial yang telah menghasilkan program televisyen tempatan dan antarabangsa yang memenangi pelbagai anugerah sejak tahun 2000.

MENGENAI SONNERATIA CAPITAL SDN. BHD.

SONNERATIA CAPITAL adalah anak syarikat Rhizophora Ventures Sdn Bhd. Ia ditubuhkan untuk membiayai penerbitan filem tempatan oleh syarikat penerbitan Malaysia. Gol & Gincu Vol. 2 merupakan filem kedua yang dibiayai oleh Sonneratia Capital di bawah program pembiayaan ini.

SENARAI PRODUKSI

Pengarah
Umi Salwana Omar, FDAM

Penerbit
Lina Tan

Cerita Asal
Rafidah Abdullah

Lakonlayar
Nadia Khan

Penyumbang Skrip/Cerita

Eenaz Mokhtar & Farah Alya

Penerbit Penyelaras
Zsa Zsa

Penolong Pengarah
Pikky Lim Pik Lan

Pengarah Fotografi
Haris Hue Abdullah, MySc

Pereka Produksi dan Busana
Min Luna

Penata Seni
Hadi Koh

NOTA PRODUKSI

Dandanan & Solekan
Shahnaz Bahar Olin Nawawi

Juruaudio
Zolkefli Mat Tahir

Penata Bunyi
Mohsin Othman

Penyunting
Wong Hui Lynn

Skor Music: Al​i​​ Aiman
Pemasaran & Promosi : Didie Samuell
Penerbit Eksekutif
Michael Lake Lina Tan Jamie Ong

BARISAN PELAKON
Diana Danielle Ummi Nazeera Sharifah Amani Sazzy Falak Syafiq Kyle Aedy Ashraf Jad Hidhir Iezahdiyana Alaudin Tiara Anchant Grace Ng
Aida Noris Intan Serah Nik Nasuhah Annabel Michael

PENAMPILAN KHAS
Ziana Zain
Nadiya Nisaa
Sherry Al-Hadad Takahara Suito Sarancak
Ucop
Fimie Don
Niena Azman
Nur Afiqah
Nur Khaliqah
Tuti
Alicia Amin
Shikin Gomez
Rafidah Abdullah Kartini Kamalul Ariffin Fasha Rahman
Datin Paduka Marina Mahathir Tengku Syahmi
Rico Rinaldi
Afiq M.
Alia Alizar
Dayang Fatimah
Tom Abang Saufi Nazreem Musa

PENAJA UTAMA
PENAJA RASMI FESYEN
PENAJA RASMI SOLEKAN
Rakan Digital Media
NOTA PRODUKSI

RAKAN KOLABORASI UNTUK PERTUNJUKKAN FESYEN AMAL
NOTA PRODUKSI

LAGU TEMA RASMI
SHOUT IT OUT!
Nyanyian : Kaka Azraff
Lagu/Lirik : Audi Mok, Shazee Ishak & Tilla Hanna © Red Films/ Warner Music (Malaysia)

HARI-HARIKU
Nyanyian : Aizat Amdan bersama Annabel & Intan Serah Lagu/Lirik : Aizat Amdan & Mel Ramlan
Lyric : Aizat Amdan & Mel Ramlan
© Warner Music (Malaysia)
FIERCE Nyanyian : Mia Palencia Lagu/Lirik : Mia Palencia © Mia Palencia
CURTAIN CALL Nyanyian : Ali Aiman Lagu/Lirik : Ali Aiman © Ali Aiman
ON IT! Nyanyian: Mimifly Lagu: Audi Mok Lirik : Mimifly
© Satu Entertainment

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TOMBIRUO: PENUNGGU RIMBA Tersenarai Finalis Filem Asia Terbaik

Ini Senarai Harga Apple Watch Siri 4 di Malaysia