in ,

5 Perkara Ini Yang Dirindui Oleh Saleem Sebelum Meninggal Dunia

Andainya Aku Tiada, Usahlah Ditangiskan Kehilangaaaaann… Bait Lirik Lagu GERHANA CINTA LUKA bagaikan sesuai untuk menggambarkan rasa salam perpisahan terakhir dari Saleem. Ini adalah antara yang dirindui dan juga IMPIAN yang belum tercapai.

Persembahan pertama di Gegar Vaganza 5 semalam menyaksikan Forteen telah buat tribute untuk Saleem atau nama sebenarnya A.M. Salim Abdul Majeed yang telah meninggal dunia di usia 56 tahun pada jam 6.15 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Al-Fatihah.

Saleem

Lagu SUCI DALAM DEBU ciptaan Wan Zul dan S. Amin Shahab itu bagaikan ada makna tersirat sebagai simbolik perjalanan seni Allahyarham. Persembahan Forteen begitu menusuk jiwa bagi peminat Saleem yang seakan terasa satu kehilangan.

Pada 21 September 2018 lalu, Saleem dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat kecederaan di tulang rusuk selepas terbabit dalam kemalangan motosikal dengan sebuah kereta di Kilometre Lebuhraya Grand Saga berhampiran Taman Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur.

Motosikal yang dinaiki penyanyi Suci Dalam Debu itu dikatakan dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta yang menyebabkan dirinya tercampak.

Penyanyi Saleem Meninggal Dunia

Saleem dimasukkan ke Hospital Kajang selepas parah apabila 12 tulang rusuknya patah termasuk satu daripadanya tertusuk paru-paru.

Berikut ini antara yang dirindui dan juga IMPIAN yang belum tercapai:

  • Rindu Pada Rumah

Menurut isteri Saleem, Julia @ Juriah Bachok, Saleem ada meluahkan perasaan rindunya pada rumah di Bandar Mahkota Cheras dan dia minta kebenaran untuk keluar dari hospital pada 4 Oktober lalu.

  • Rindu Pada Anak, Mohd Amirul Mukminin

Sebelum dibawa pulang ke rumah, Saleem ada berpesan supaya menjaga Amirul baik-baik. Itu sahajalah pesanannya dan selepas itu Saleem berada dalam keadaan kritikal sehinggalah dia meninggal dunia. Saleem tak dapat bercakap selepas itu.

  • Saleem Punya Impian Buat Konsert Tour di Malaysia dan Indonesia

Saleem pernah merancang untuk bertemu dengan peminat seluruh Malaysia dan Indonesia yang sangat setia sehingga kini. Beliau sangat terkilan kerana apa yang dirancang tergendala atas beberapa masalah yang dihadapi termasuklah tiada penaja yang sudi menaja konsertnya itu.

  • Saleem Pernah Mengidam Untuk Menyertai Gegar Vaganza

Menurut penyanyi Zamani, Allahyarham Saleem (Iklim) menanam impian untuk menyertai program realiti Gegar Vaganza dan segalanya tidak kesampaian kerana keadaan kesihatan yang tak mengizinkan.

  • Lagu Duet Bersama Datuk Hattan Belum Dilancarkan

Penyanyi Datuk Hattan memberitahu beliau pernah merakamkan sebuah lagu bersama Saleem namun tidak berpeluang untuk dilancarkan. Ujarnya, kali terakhir mereka berkongsi pentas yang sama semasa menjayakan sebuah konsert jelajah di Sabah penghujung tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan lima cahaya mata hasil perkahwinan pertama iaitu Nurluqman Hakim, 30; Nurul Hidayah, 28; Nurfahmie Jufrie, 26; Nur Syafiq Farhain, 24; dan NurulAzwanie Shuhada, 18; serta Mohd Amirul Mukmin, 15, hasil perkahwinan bersama Julia Bachok.

Al-Fatihah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Standing Ovation! Noryn Aziz Akui Sukar Nyanyi KABUT SERANGKAI MAWAR

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Terlibat Kemalangan Jet Ski Hilang Kawalan