in , ,

Natasha Hudson Bercerai dengan Carleed Khaza

Perceraian kali ini adalah kali ketiga dan kini Natasha kembali hidup dengan berstatus solo. Semoga Natasha Hudson tabah untuk menghadapi dugaan dan ujian. 

Jodoh pertemuan dan perpisahan itu segalanya dari Yang Maha Esa. Pelakon berdarah kacukan, Natasha Hudson mengakui bahawa dirinya kini sudah bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza secara baik pada tahun ini.

Natasha Hudson Bercerai dengan Carleed Khaza

Pada 25 September yang lalu, Natasha dikatakan telah memuat naik status di laman Instagram miliknya yang mencetuskan spekulasi mengenai keretakan rumah tangganya itu.

Natasha mengakui bahawa dia sudah sah bercerai dengan penyanyi dan komposer muzik tersebut secara baik pada tahun ini.

Natasha Hudson Bercerai dengan Carleed Khaza

“Saya sudah bergelar solo dan kami berpisah secara baik.”

Dia mengharapkan semua pihak dapat memberikan ruang buat dirinya dan kelaurga menyelesaikan perkara ini terlebih dahulu tanpa mengulas dengan lebih lanjut mengenai punca penceraian.

“Maaf, buat masa ini, saya tidak dapat mengulas lebih terperinci mengenai perpisahan kami.”

“Saya harap semua pihak beri saya dan keluarga ruang untuk menyelesaikan perkara berkaitan terlebih dahulu,”

Natasha diminta mengulas selepas dakwaan dirinya sudah bercerai diperkatakan netizen di laman sosial ketika ini.

Natasha Hudson Bercerai dengan Carleed Khaza

Memang nikmat diberi kehidupan, sentuhan kepuasan dan jiwa saya ditiup kembali ke dalam hati saya. Dengan bersendirian tidak bermakna saya akan menderita sepanjang hayat saya, saya tidak percaya dengan air mata, kesedihan & kesunyian sepanjang masa, tetapi ia membina semula apa yang saya telah hilang dan mencari diri saya semula. Bermula kembali kehidupan berkemungkinan untuk saya mencintai lagi, mengambil masa yang lama, muhasabah diri, membaiki, menaik taraf, memberi peluang tanpa syarat, peluang untuk hidup / memimpin kebahagiaan, mempunyai lebih banyak harapan, lebih banyak impian untuk dipenuhi dan belajar untuk terus bertahan semua rintangan tanpa mundur walaupun saya diduga banyak kali.

Tidak ada perkara yang gagal dalam hubungan bermakna anda gagal dari segalanya. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan cara yang sepatutnya. Ada hikmah dan itu adalah qadr dari Allah. Naikkan diri kerana tiada perkara untuk jatuh. Berdoalah kerana kamu perlu lengkapkan diri dengan doa. Beritahu segalanya kepada Allah kerana sebenarnya tidak ada yang peduli. “Dan dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada.” Quran 57: 4 ~ NH

Natasha Hudson Bercerai dengan Carleed Khaza

Ia susulan dari status yang dimuat naik Natasha di laman Instagram miliknya pada 25 September lalu yang mencetuskan spekulasi ramai berhubung perceraiannya itu.

“Saya berada dalam keadaan baik dan hidup perlu diteruskan bersama anak-anak seperti biasa.”

“Saya percaya Allah SWT lebih mengetahui dan sebaik-baik perancang.”

Hasil perkongsian hidup dengan penyanyi dan komposer muzik Carleed pada April 2012. Ini adalah perkahwinannya yang ketiga. Natasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Dalam perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki seorang anak, Neesa Helena.

Sekarang ini, Natasha sibuk menjayakan misi kemanusiaan di Lombok, Indonesia. Misi kali ini dilakukan dengan kerjasama Global Peace Malaysia, Cinta Syria dan Amalhope.

Natasha Hudson Bercerai dengan Carleed Khaza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fathia Latiff Anggap Wany Hasrita Tak Layak Menang di ABP

Betul Ke Afgan Rancang Berkahwin Dalam Masa Terdekat?