in

Gossip Artis Jelita Terpaksa Bermadu

Artis jelita terpaksa bermadu

PERNAH secara berseloroh, artis wanita jelita ini menyatakan hasratnya untuk bersara daripada dunia nyanyian.

Entah apa sebabnya tetapi ramai yang mengesyaki dia berbuat demikian kerana mahu mendirikan rumah tangga. Walaupun itu cuma telahan saja, SS juga setuju dengan pendapat mereka.

Beberapa bulan selepas pengakuan bersara itu dibuat, tup, tup, SS dengar artis wanita jelita ini sudah pun mendirikan rumah tangga di luar negara, baru-baru ini. Wah tahniah, tahniah! Usaha menjejakinya tidak berjaya kerana dia dikatakan sudah menetap di Eropah bersama suaminya yang juga seorang hartawan ternama serta pemilik pusat beli-belah eksklusif.

Mungkin juga artis jelita itu terpaksa mengambil sikap berdiam diri mengenangkan statusnya sebagai isteri ketiga. Maklumlah wanita mana yang suka mengaku mereka dimadukan, apatah lagi menjadi isteri kedua, ketiga dan keempat kerana kebarangkalian dituduh perampas suami orang itu sangat-sangatlah tinggi.

Apapun, SS dimaklumkan seorang teman artis wanita ini, dia sedang berbahagia sekarang malah tidak sabar-sabar untuk menjadi seorang ibu.

SS tak kisahlah sebab dia pun bukannya muda sangat lagi. Jadi buat apa hendak tangguh-tangguh hasrat menjadi isteri itu kalau sudah bertemu yang berkenan di hati. Janji happy!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Pelakon Veteren Langgan Pelacur Bawah Umur?

Gossip Artis Buat Muka Ditipu