Mungkin gaya solekan dan persalinan ini bersempena dengan persembahan Siti di ASEAN Japan Music Festival yang diadakan di Jepun barangkali. Sebagaimana persembahan sebelum ini, ramai peminat teruja dengan persembahan mewakili nama Malaysia dari Siti. Khabarnya, Siti turut menerbangkan penari dan KRU dari Siti Nurhaliza Productions sekali.
Sama-sama kita doakan semoga figura kesayangan Malaysia ini selamat pergi dan selamat pulang ke tanahair membawa pulang sesuatu yang menjadi kenangan untuk diingati buat peminat.
Semalam, Budiey ada terbaca posting dari Que Haidar yang mengakui ramai yang kata gambar muka depan tu nampak macam Que. Nanti Que cubalah bersolek macam tu, sama ke tak nanti tu.
Semasa buat liputan di Anugerah Planer Muzik 2018 di Singapura, Budiey sempat bertanyakan tentang perancangan Siti setelah hampir setahun bercuti panjang untuk memberi fokus kepada kehamilan. Selain dari melancarkan single terbaharu, ANTA PERMANA beliau juga sedang merancang sebuah konsert di tahun 2019.
EKSKLUSIF: Temubual Bersama Dato Seri Siti Nurhaliza di Karpet Merah APM 2018
Buat peminat yang nak baca rencana tentang Datuk Seri Siti Nurhaliza, boleh dapatkan GLAM keluaran Oktober 2018 di pasaran.