in ,

[GAMBAR] Tema Batik Ala Indonesia Meriahkan Premiere With Budiey WIRO SABLENG

Acara santai ini pada malam tadi sangat istimewa kerana ramai yang hadir mengikut tema iaitu berpakaian batik. Terima kasih pada semua yang hadir. Harap korang berpuas hati dan mewar-warkan tentang kehebatan filem ini.

Pada 25 September lalu, seperti yang direncanakan Premiere With Budiey mengajak lebih kurang seramai 200 orang Budieyators dan beberapa orang selebriti dan influencer menonton sebuah filem aksi pertarungan berjudul WIRO SABLENG: PENDEKAR KAPAK MAUT NAGA GENI 212.

Malam yang diadakan di GSC 1 Utama itu cukup santai dan sangat istimewa kerana ramai yang hadir mengikut tema iaitu berpakaian batik. Macam kat Indonesia la pulak sebab ramai pakai Batik.

Terima kasih pada semua yang hadir. Rata-rata yang telah datang menonton semalam begitu terhibur dengan jenaka lucu yang dihidangkan. Memang tak membosankan.

“As we braced ourselves till the end (2.5 hours), WIRO SABLENG was worth every minute of it.

This made in Hong Kong type of period fighting movies BUT in WIRO SABLENG was in reality check took place in Indonesia, was akin to like watching MONKEY GO WEST!

Witty yet serious yet with a simple story line, WIRO SABLENG is watchable.

MY RATINGS: 4 OF 5 STARS” – AJ Razak

Yuk! Nonton trailer dulu deh:

WIRO SABLENG: PENDEKAR KAPAK MAUT NAGA GENI 212 berceritakan tentang seorang pendekar bernama Wiro Sableng (dilakonkan oleh Vino G. Bastian) yang memiliki tatu di dadanya berupa angka “212”. Wiro Sableng memiliki kekuatan luar biasa yang diperolehi dari dunia persilatan dan banyak guru yang dijumpainya.

Semasa berlatih, Wiro sempat bertemu dengan dua orang wanita dan mencintai mereka. Wanita itu ialah Bunga dan Bidadari Angin Timur. Haa, bagaimana kisah selanjutnya? Korang kenalah tonton kesudahannya dalam filem ini.

Untuk info pembaca, penyanyi Marcel Siahaan juga ikut berlakon sebagai Ranaweleng, Andy RIF sebagai Dewa Tuak, Cecep Arief Rahman (Bajak Laut Bagaspati), Dian Sidik (Kalingundil), Yayu Unru (Kakek Segala Tahu), Yayan Ruhian (Mahesa Birawa), Fariz Alfarizi (Bujang Gila Tapak Sakti), Ruth Marini si Best Actress Monoloque Indonesia sebagai Sinto Gendeng.

Filem Wiro Sableng juga turut menampilkan Marcella Zalianty (Permaisuri), Rifnu Wikana (Kalasrenggi), Yusuf Mahardika (Pangeran), Aghniny Haque (Raramurni), Lukman Sardi (Werku Alit), Dwi Sasono (Kamandaka) dan Happy Salma (Suci) serta Cupink Topan (Seta Inging), Mardi (Pitala Kuning), Habibie (Ketut Ireng) dan Asta (Bergola Wungu).

Filem aksi ini digarap oleh production house internasional, 20th Century Fox Indonesia, melalui syarikat Fox International Productions bersama LifeLike Pictures yang turut memasarkan dan menerbitkan Wiro Sableng di seluruh Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 27 September 2018.

Jom sana-sama kita tengok gambar sekitar Premiere With Budiey Menonton WIRO SABLENG

7652773920_IMG_0682

7585778480_IMG_0644

7652799840_IMG_0664

7518597184_IMG_0651

7652773536_IMG_0661

7652774112_IMG_0680

7516583984_IMG_0665

7652786448_IMG_0691

7652780400_IMG_0684

7799579696_IMG_0679

7585741088_IMG_0687

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Qaidzul Perkenalkan Diri Dengan TAK PERLU UNGKAPKAN

Aspiring Filmmakers Can Participate In #Alist5 Workshop