in

Berita Palsu Kematian Saleem, Syafiq Farhain Terkesan 

Sama-sama kita doakan Saleem, ayah Syafiq cepat sembuh. Amin.

Tahniah Budiey ucapkan buat Syafiq yang berjaya menambat hati juri di BIG STAGE untuk menempatkan dirinya di tempat kedua. Ramai peminat Syafiq yang mendoakan kejayaan Syafiq sebenarnarnya dalam BIG STAGE ni. Berbaloi ambik cuti dua bulan. Tapi khabarnya, Syafiq akan sambung cuti sebab ada kena berlakon filem?

Di pentas akhir, Syafiq menyanyikan sebuah lagu baharu yang dibuat khusus untuk beliau berjudul AKU JATUH CINTA.

Semasa ditemui di sidang media selepas konsert akhir malam Ahad lalu, naib juara program Big Stage, Syafiq Farhain mengakui dia sedikit terkesan dengan berita palsu mengenai kematian bapanya, Saleem, pada Jumaat lalu.

“Siapa sahaja di muka bumi ini akan terkesan apabila kita mendengar berita tidak baik apatah lagi orang itu adalah ayah saya. Cuma… alhamdulillah saya boleh kawallah sedikit,” – Syafiq Farhain

Pun begitu, ujar Syafiq, 24, keadaan bapanya kini stabil dengan bantuan mesin.

“Hari kedua saya pergi melawat abah dah boleh buka mata dan boleh respon dengan apa yang saya cakap. Walaupun kritikal tetapi abah stabil dengan adanya bantuan mesin,” – Syafiq Farhain

Sama-sama kita doakan Saleem, ayah Syafiq cepat sembuh. Amin.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato’ Fazley & Mickey Huang Belted Out FUN TAIPEIDuet

Siri Original tonton Siri Drama Unik KOPI