Sah! personaliti fesyen, Wak Doyok atau Mohd Azwan Md Nor telah menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) sempena sambutan ulang tahun ketiga parti itu di Temerloh pada 22 September 2018.
Jika sebelum ini, pereka fesyen tempatan itu pernah dilihat menghadiri majlis-majlis berkaitan BN namun beliau mendakwa kehadirannya hanya kerana memenuhi undangan dan menambah pendapatan.
Malah, sebelum ini juga beliau pernah mengaku menjadi ahli Pas sejak 1998 dan terbaru, sekali lagi kisahnya menjadi tumpuan apabila jejaka berusia 38 tahun ini dikatakan menyertai Amanah pula pada minggu lepas.
Penyertaannya dalam parti itu diumumkan Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar yang juga Pengerusi Kempen Keahlian parti itu.
Mohd Azwan, 39, berasal dari Klang, Selangor berkata dia sebelum ini adalah ahli PAS sejak 1997 dan menyertai AMANAH kerana tertarik dengan keterbukaan parti itu dalam memperjuangkan konsep Islam untuk semua.
“Saya juga berminat menyertai AMANAH selepas melihat ia menarik ramai golongan profesional sama ada Melayu dan bukan Melayu.
“Justeru, saya mahu bersama-sama melakukan pembaharuan terutama dalam perjuangan Islam yang memberi rahmat kepada semua,” – Wak Doyok
Mohd Azwan yang juga pelakon dan usahawan, berkata antara perjuangannya adalah untuk memperkasakan ekonomi belia untuk ke satu tahap membanggakan dan memberi manfaat kepada orang muda pada masa hadapan.
“Saya adalah ikon Majlis Tindakan Ekonomi Belia Malaysia dan saya percaya dapat membantu dalam memperkasakan ekonomi orang muda menerusi AMANAH.
“Saya juga akan membantu parti menerapkan konsep perjuangan Islam untuk semua dengan mendidik masyarakat dalam aspek gaya hidup,” – Wak Doyok
Menyedari tindakannya itu menerima kecaman daripada netizens, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor menegaskan tiada yang pelik dengan tindakannya itu kerana Malaysia adalah negara demokrasi.
“Yang tidak berpuas hati, mereka tiada hak untuk menghalang kerana ini pilihan individu malah mereka tidak boleh sekat sesiapa untuk masuk mana-mana parti.
“Nak cakap saya lalang atau masuk sebab jawatan itu, terpulang kerana yang penting saya tahu apa yang diperjuangkan.
“Yang banyak cakap itu, entah-entah belum pun mendaftar sebagai pengundi,” – Wak Doyok
Teruskan usaha Wak, yang penting Wak tak kacau orang kan? Bravo Wak! Khabarnya tak lama lagi Wak akan berlakon filem di bawah arahan Syafiq Yusof? Haa, betul ke?
Gambar kenangan Wak Doyok Bersama Najib Razak: