in

Rusdi Ramli, Fasha Sandha, Fathil Dani dalam Drama Tersahut

DENDAM SEORANG ANAK DALAM DRAMA TERSAHUT : KHAS HARI BAPA DI RTM

Manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan, kesilapan yang dilakukan haruslah menjadi satu teladan dan cuba memperbaiki kesilapan itu. Ironinya, manusia susah memaafkan seseorang yang sudah melakukan kesilapan tambahan jika ianya melibatkan orang yang disayangi dan darah daging sendiri.

Itulah yang terjadi kepada Filmi, watak seorang anak yang ditinggalkan bapanya semasa kecil dan dibesarkan oleh Zurina dengan penuh kasih sayang namun jiwa Filmi sentiasa ditanam perasaan dendam terhadap bapanya.

Menemui penonton setia slot Sinema Ahad, drama menarik khas Hari Bapa bertajuk Tersahut disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 20 Jun 2010 (Ahahd), jam 9.30 malam di TV2 berkongsi kisah watak Filmi yang sehingga dewasa seringkali keliru dengan susur galur keluarganya apabila mengenangkan dia hanya dibesarkan oleh ibu tanpa kehadiran seorang dipanggil ayah.

Pada masa sama dia cemburukan kemesraan di antara si anak dan ayah, Alda dan Murshidi. Filmi sebenarnya sangat mendambakan kasih sayang dan belaian yang sama dari bapanya namun hasrat tersebut terpaksa dikuburkan apabila mengenangkan bapanya yang dikatakan telah meninggal dunia oleh ibunya.

Filmi yang mahu menamatkan zaman bujangnya dengan memperisterikan Alda, merasa bimbang kerana dikhuatiri akan menjadi seperti bapanya yang tidak bertanggungjawab terhadap dia dan ibunya. Filmi juga bimbang dia akan meninggalkan Alda terkontang kanting dan lebih buruk lagi jika mempunyai anak.

Keresahan hati Hilmi ini dikongsi bersama Murshidi dan Alda malah mereka mencadangkan Filmi cuba mencari bapanya yang dia sendiri tidak ketahui sama ada masih hidup atau mati.

Drama istimewa tontonan hari bapa ini menyaksikan kemunculan Fasha Sandha yang kembali aktif semula di dalam industri selain dibantu pelakon lain Rusdi Ramli, Normah Damanhuri, Ruminah Sidek, Fathil Dani dan Nik Zaris Nelydia.

Adakah Filmi berjaya menemui bapanya? Atau benarkah bapanya sudah meninggal dunia seperti yang diceritakan ibunya? Kesudahannya dapat penonton saksikan dalam drama berjudul Tersahut pada 20 Jun 2010 (Ahad), jam 9.30 malam mengisi slot Sinema Ahad di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Ujibakat The Biggest Loser Asia Musim Kedua

Konsert Inspirasi Muzik Muzik TV3 2010