in ,

Pengalaman VR Hiper-Realiti Star Wars™ yang Pertama di Asia

Pengalaman VR Hiper-Realiti Star Wars™ yang Pertama di Asia Bakal Tiba di Resorts World Genting

Dihasilkan oleh ILMxLAB dan The VOID, masuk ke dalam dunia Star Wars dengan pengalaman unik lain daripada yang lain

Genting Highlands, 7 September 2018: Dari galaksi yang jauh, datang satu pengalaman luar biasa yang pertama seumpamanya di Asia, anda bersama rakan-rakan boleh menerokai antara dunia nyata dan realiti.

The VOID Star Wars Secret of the Empire

Resorts World Genting dan The VOID hari ini secara rasmi mengumumkan akan membawa pengalaman hiper-maya pertama membabitkan filem francais terkenal Star WarsTM: Secrets of the Empire pada penghujung tahun ini yang dihasilkan dengan kerjasama dengan ILMxLAB.

Ini menjadi kolobrasi pertama The Void di luar Amerika Syarikat dan UK menjadikan pegalaman di Resorts World Genting (RWG) ini yang pertama di Asia. Terletak pada ketinggian 6,000 kaki di atas paras laut, pengalaman Realiti Maya (VR) itu menjadi salah satu tarikan terbaharu di RWG yang mencatatkan jumlah kedatangan pelancong seramai 25 juta pada tahun lepas. Tarikan ini akan duduk sebaris dengan tarikan lain termasuk restoran, premis peruncitan dan hiburan serta taman tema tertutup dan terbuka yang akan dibuka tidak lama lagi.

Star Wars: Secrets of the Empire akan membawa para pengunjung merasai pengalaman menakjubkan membolehkan mereka menerokai dengan bebas tanpa gangguan secara interaktif di dalam dunia Star Wars. Gabungan realiti dan imiginasi itu menjanjikan pengalaman sebenar di mana pengunjung boleh merasai sendiri kesan ditembak “blaster bolts”, bau asap di sekeliling persekitaran dan menekan butang bagi menyelesaikan teka-teki untuk melepaskan diri daripada musuh secara langsung melalui alat khas yang menghubungkan dunia nyata dan maya.

Di bawah kumpulan pemberontak, sepasukan empat orang mengembara ke planet Mustafar dan menyelinap masuk ke Pangkalan Imperial. Semasa melaksanakan misi, anda akan bertemu watak-watak utama dalam filem Star Wars ketika cuba menghindari bahaya di sepanjang perjalanan.

Craig Watson, Pengerusi The VOID berkata: “Pengalaman hiper-realiti The VOID, hingga sekarang ini membawa orang ramai ke dalam dunia yang hanya wujud di dalam imiginasi mereka. The VOID menjadi peneraju segmennya dan kini selangkah ke hadapan dengan menjadikan perkara mustahil bertukar nyata dan membolehkan para pengunjung melangkah ke satu dunia realiti yang baharu. Dalam Star Wars: Secrets of the Empire anda boleh dengar, rasa, sentuh malah bau supaya lebih dekat dengan jalan penceritaan, karakter dan tempat.”

Brian Machamer, Naib Presiden Kanan Taman Tema di Resorts World Genting berkata: “ Kami berbangga berkerjasama dengan The VOID bagi menyediakan teknologi bertaraf dunia kepada para pengunjung dengan pengalaman menarik yang bakal menjadi pertama seumpamanya di Asia.”

Vicki Dobbs Beck, Eksekutif ILMxLAB berkata: “Di ILMxLAB, matlamat kami adalah untuk orang ramai ‘Masuk Ke Dalam Penceritaan Kami’ dan kini peminat di Malaysia dan Asia akan berpeluang untuk mengalami pengalaman penggembaraan dan keseronokan Star Wars: Secrets of the Empire.”

Mengenai Resorts World Genting

Resorts World Genting (“RWG”) merupakan resort percutian dan hiburan premier di Malaysia yang terletak kira-kira 50 minit perjalanan dari Kuala Lumpur. Resort ini berdiri gah pada ketinggian 6,000 kaki di atas paras laut, dikelilingi hutan hujan tropika berusia 130 juta tahun. Mencatatkan suhu antara 16 hingga 24 darjah Celsius sepanjang tahun, ia merupakan salah satu destinasi popular dengan jumlah kedatangan pelancong mencecah 25 juta pada tahun 2017.

Ia dilengkapi lebih 10,000 buah bilik meliputi 7 buah hotel dan salah satunya merupakan hotel terbesar dunia dengan 7,351 buah bilik. Ia turut memiliki sebuah hotel dilengkapi padang golf 18 lubang. Pusat membeli-belahnya, SkyAvenue berkeluasan 600,000 kaki persegi menempatkan 168 penyewa menyediakan tarikan hiburan, panggung wayang, tempat makan dan premis peruncitan. First World Plaza yang terletak bersebelahan dengan SkyAvenue turut menawarkan kemudahan pusat konvensyen, dewan dan pusat membeli-belah. Resort ini turut menjadi penganjur kepada persembahan penghibur dan artis terkenal di Arena of Stars yang memiliki 5,200 tempat duduk dan Genting International Showroom yang mampu memuatkan 1,200 tetamu.

Kumpulan Genting Malaysia telah merencana pelan induk 10 tahun untuk memperkukuh dan mentransformasi Resorts World Genting di bawah Pelan Bersepadu Pelancongan Genting (“GITP”) pada tahun 2013. Hari ini, Resorts World Genting telah memperkenalkan pelbagai kemudahan dan tarikan baharu di bawah GITP termasuk pembukaan semula Hotel Theme Park yang dinaik taraf, Menara 3, Hotel First World dan membina system kereta kabel Awana SkyWay yang baharu.

Pembukaan Genting Highlands Premium Outlet baru-baru ini (dimiliki oleh Genting Simon
Sdn Bhd, usahasama antara antara Genting Plantations Berhad dan Simon Property Group)
menjadi nilai tambah kepada tarikan baharu dan sedia ada di RWG.

Sementara itu, taman tema tertutup, Skytropolis ditutup sementara waktu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf dan ia dijangka dibuka semula pada suku keempat tahun 2018. Tarikan dan kemudahan lain yang dirancang di bawah GITP termasuk taman tema Twentieth Century Fox World pertama di dunia yang dijangka dibuka pada tahun hadapan secara berperingkat.

Mengenai The VOID

Langkah masuk ke dalam filem kegemaran anda dengan The VOID; peneraju global dalam penggunaan teknologi terkini dan IP dari Hollywood dalam menghasilkan hiburan interaktif serta penceritaan untuk pengalaman yang menakjubkan.

Menggabungkan teknologi terkini VR, ia membolehkan pengalaman sebenar dan dirasai dengan deria termasuk sentuhan dan bau – The VOID mengajak peminat menjadi peserta dalam pengalaman hiper-realiti baharu. The VOID’s Experience Centers terletak di: Madame Tussauds di New York, N.Y., Downtown Disney di Anaheim, Calif., Glendale Galleria di Glendale, Calif., Grand Canal Shoppes di The Venetian dan The Palazzo Hotel di Las Vegas, Nev., Disney Springs di Orlando, Fla., Hub Zero, City Walk di Dubai, U.A.E., serta The Rec Room in Toronto, Ont.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari www.thevoid.com dan ikuti @voidvr di Instagram, Facebook dan Twitter.

Mengenai ILMxLAB

Diasaskan pada 2015, ILMxLAB merupakan satu daripada divisyen hiburan Lucasfilm yang menggabungkan penceritaan, inovasi teknologi dan produksi bertaraf dunia bagi menghasilkan pengalaman hiburan menakjubkan dan penuh dengan impak. Mereka membangunkan pengalaman untuk realiti maya, realiti perantara/campuran, pawagam masa sebenar, hiburan taman tema dan pengalaman berasaskan naratif untuk platform masa depan. ILMxLAB dikenali melalui CARNE y ARENA, pemenang kesan VR anugerah Oscar yang diarah oleh Alejandro G. Iñárritu dan pengalaman hiper realiti yang mendapat pengiktirafan Star Wars: Secrets of the Empire. Untuk maklumat lanjut, ikuti follow @ILMxLAB di Facebook, Twitter, Instagram, dan YouTube.

Lucasfilm Ltd. adalah anak syarikat milik penuh The Walt Disney Company. ILMxLAB, logo ILMxLAB, STAR WARS dan apa jua pemilikan yang berkaitan adalah tanda dagangan di Amerika Syarikat dan / atau Lucasfilm Ltd di negara lain. dan / atau sekutunya. © & TM 2018 Lucasfilm Ltd. Hak cipta terpelihara.

Created by ILMxLAB and The VOID, friends can step inside the Star Wars universe together in a fully immersive experience unlike any other

Genting Highlands, 7 September 2018: From a galaxy far, far away comes the first multi-sensory immersive experience of its kind in Asia that blurs the line between the physical and virtual world that you can explore with friends and companions.

Resorts World Genting and The VOID today announced that the first-of-its-kind hyper-reality experience, Star WarsTM: Secrets of the Empire created in collaboration with ILMxLAB, is coming to Asia later this year.

The VOID Star Wars Secret of the Empire

It will be The VOID’s first venture outside of America and the UK, making this experience at Resorts World Genting the first in Asia. This location-based VR experience will be brought to new heights, quite literally at 6000 feet above sea level. It will be one of the key attractions at the resort which received almost 25 million visitors last year. This will exist alongside dining and retail outlets as well as entertainment attractions that will include the upcoming indoor and outdoor theme parks.

Star Wars: Secrets of the Empire will take guests through a breathtaking journey into the Star Wars universe allowing them to walk freely and untethered on an interactive stage. Reality and imagination mix to deliver fully immersive experiences that evoke all the senses, where guests will feel the impact of blaster bolts, smell the smoke from the surrounding environment, push buttons to solve an interactive puzzle to escape enemies, all while coordinating directly with their unit in real time through the blended virtual and physical world.

Under the orders of the rebellion, teams of four travel to the molten planet of Mustafar and sneak onto an Imperial Base. During the mission, you’ll encounter familiar Star Wars characters as you navigate dangers at every turn.

Craig Watson, Chairman of The VOID said: “The VOID’s hyper-reality experiences are taking people to worlds that, until now, only existed in their imaginations. The VOID is leading location-based entertainment to the next level. By making the impossible real and allowing guests to step into completely new and alternate realities. In Star Wars: Secrets of the Empire you can hear, feel, touch and even smell bringing them closer to the story, characters and places.”

Brian Machamer, Senior Vice President of Theme Park at Resorts World Genting said: “We are proud to be partnering with The VOID to deliver world-class content and cutting-edge technology providing our visitors with an exciting experience that will be the first of its kind in Asia.”

Vicki Dobbs Beck, Executive in Charge of ILMxLAB said: “At ILMxLAB, our goal is for people to ‘Step Inside Our Stories’ and now Malaysian and Asian audiences will have the opportunity to do just that as they experience the excitement and adventure of Star Wars: Secrets of the Empire.”

**Please note The VOID handle @voidvr, ILMxLAB handle @ILMxLAB and hashtags #SecretsOfTheEmpire, #StepBeyondReality, and #TheVOID when posting on social media**

About Resorts World Genting

Resorts World Genting (“RWG”) is a premier leisure and entertainment resort in Malaysia located 50 minutes from Kuala Lumpur. The resort stands majestically at 6,000 feet above sea level, on a tropical jungle that is 130 million years old. Throughout the year, the resort enjoys cool weather between 16 and 24 degrees, making it one of Malaysia’s most popular tourists’ destinations with nearly 25 million visitors in 2017.

The resort boasts of over 10,000 rooms spread across 7 hotels with one, the world’s biggest hotel with 7351 rooms and another hotel with an 18 holes golf course. Its shopping mall, SkyAvenue is 600,000 sq ft with 168 tenants that includes entertainment attractions, cinemas, dining and retail outlets. The First World Plaza which is adjacent to SkyAvenue offers business convention facilities, ballrooms and shopping malls. The Resort also hosts top performers and artistes at the 5200 seater Arena of Stars and the 1200 seater Genting International Showroom.

The Group has embarked on a 10-year master plan to reinvigorate and transform Resorts World Genting under the Genting Integrated Tourism Plan (“GITP”) in 2013. Today, Resorts World Genting has introduced various new facilities and attractions under the GITP, which includes the newly refurbished Theme Park Hotel, additional tower at the First World Hotel and built the new Awana SkyWay cable car system.

The recent opening of the Genting Highlands Premium Outlet (a property of Genting Simon Sdn Bhd, a joint venture between Genting Plantations Berhad and Simon Property Group) also complements the new and existing offerings at RWG.

Meanwhile, the indoor amusement park, Skytropolis is currently closed for a complete makeover and is scheduled to reopen fourth quarter of 2018. Other attractions and facilities under the GITP, which includes the world’s first Twentieth Century Fox World theme park, are expected to unfold from next year onwards.

About The VOID
Step inside your favorite story with The VOID; the global leader of a new category of immersive location based experiences that utilize cutting edge tech and IP from Hollywood’s biggest players to mark a new frontier in interactive entertainment and storytelling. Combining state-of-the art VR technology, physical stages and multi-sensory effects- including touch and smell – The VOID invites fans to become active participants in a new hyper-reality. The VOID’s Experience Centers are located in: Madame Tussauds in New York, N.Y., Downtown Disney in Anaheim, Calif., Glendale Galleria in Glendale, Calif., Grand Canal Shoppes at The Venetian and The Palazzo Hotel in Las Vegas, Nev., Disney Springs in Orlando, Fla., Hub Zero, City Walk in Dubai, U.A.E., and The Rec Room in Toronto, Ont.

For more information and to purchase tickets, visit www.thevoid.com and follow @voidvr on Instagram, Facebook and Twitter.

About ILMxLAB
Founded in 2015, ILMxLAB is Lucasfilm’s immersive entertainment division which combines compelling storytelling, technological innovation and world-class production to create truly impactful, immersive entertainment experiences. The group develops experiences for virtual reality, augmented/mixed reality, real-time cinema, theme park entertainment and narrative-based experiences for future platforms. ILMxLAB is known for CARNE y ARENA, the Oscar-winning VR installation directed by Alejandro G. Iñárritu, and the critically-acclaimed hyper reality experience Star Wars: Secrets of the Empire. For more information, follow @ILMxLAB on Facebook, Twitter, Instagram, and YouTube.

Lucasfilm Ltd. is a wholly-owned subsidiary of The Walt Disney Company. ILMxLAB, the ILMxLAB logo, STAR WARS and related properties are trademarks in the United States and/or in other countries of Lucasfilm Ltd. and/or its affiliates. © & TM 2018 Lucasfilm Ltd. All rights reserved.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Merdekakah Jiwa Dan Minda Kita?

Selebriti Popular Berentap dalam Celebrity Car Wars Musim Ke-3