in ,

Filem Komedi Thailand MAY WHO?

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan filem komedi percintaan dari negara Thailand bertajuk “May Who?” yang mengangkat kisah cabaran hidup yang dialami oleh seorang individu yang menghadapi masalah kesihatan dirinya yang tidak dapat dirawati.

Menemui penonton pada 28 Julai ini, pukul 10.30 malam menerusi saluran TV2, ia mengisahkan watak May Nhai seorang pelajar perempuan di sekolah tinggi yang mengalami masalah dirinya terdapat aliran kuasa elektrik apabila degupan jantungnya mencecah 120 sesaat.

poster film may who

Filem Komedi Thailand “May Who?” Di TV2

Degupan jantung pelajar ini berubah menjadi cepat apabila perasaannya menjadi gemuruh, marah atau ketika dia terlibat dalam aktiviti sukan dan sebagainya. Keadaan tersebut dialaminya sejak kecil dan tidak dapat dirawati.

Situasi ini berlanjutan hingga menyebabkan dia sukar hendak bergaul dengan kawan-kawan kerana ketika kuasa elektrik mengalir dalam tubuhnya akan menyebabkan kejutan terhadap sesiapa yang menyentuhnya.

Justeru, May Nhai lebih minat bersendirian dan menyendiri di sekolah, tetapi hanya mempunyai seorang kawan rapat iaitu pelajar lelaki bernama Pong yang berbakat dalam lukisan dan memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar ini.

Walaupun May berkawan dengan Pong tetapi dia menaruh hati terhadap seorang pelajar lelaki lain bernama Fame yang kacak dan aktif dalam sukan. Sementara Pong yang menyedari hakikat itu terpaksa berusaha mendekati seorang pelajar perempuan yang lain iaitu Mink tetapi tidak dilayani.

Seterusnya May cuba dengan bersungguh-sungguh untuk menyesuaikan dirinya dalam perhubungan dengan Fame. Tetapi malangnya dia tetap gagal mengawal perasaannya kerana setiap kali dia berjumpa Fame perasaannya menjadi gemuruh serta memberi kesan kejutan kepada Fame.

Hakikatnya May rasa rendah diri dengan kekurangannya itu. Dia tahu tidak mudah bagi Fame untuk memahami apa yang sedang dilaluinya itu. Pada masa sama May tidak mahu Fame ditertawakan kawan-kawannya kerana berhubungan dengan gadis pelik sepertinya.

Akhirnya May terpaksa menerima hakikat dan membuat keputusan untuk menjalinkan perhubungan persahabatannya dengan Pong dan mengetepikan pilihan hatinya terhadap jejaka lain.

Begitu pun adakah dia mampu untuk melaksanakannya? Bagaimana pula dengan hubungan Pong dengan wanita yang diminatinya itu?

babak dalam May Who

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jiwa Memasak Qi Razali Dalam Telemovie AKU MENTERI DAPUR

Altimet Imbau Kembali Nostalgia Dalam ‘MUDA’