in ,

Kisah Benar Catatan Perjalanan Anggota Komando VAT 69

Kisah Benar Catatan Perjalanan Anggota Komando VAT 69 di TV1

Tanpa kekuatan mental dan fizikal yang jitu, tidak mungkin seseorang individu itu mampu menempatkan diri dalam kelompok pasukan elit pertahanan negara. Hakikatnya bukan mudah untuk menjadi seorang anggota komando. Kenyataan ini diakui semua orang. Meskipun sedar akan cabaran getir menanti, ia tidak sedikit pun menghalang sekelompok manusia untuk terus mencuba meletakkan diri mereka menjadi ahli keluarga komando.

poster Legasi Vat 69

Kisah ini ‘dihidupkan’ dalam dokumentari menyentuh catatan perjalanan anggota komando VAT 69 bakal menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM). Menariknya doku drama lapan episod diberi tajuk “Legasi 69 Komando” ini mengangkat watak berdasarkan individu sebenar anggota Komando 69 dengan menerapkan konsep catatan perjalanan atau diari harian anggota komando VAT 69 yang berada di hutan belantara.

Mula bersiaran 27 Julai ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 3.05 petang mengisi slot Bidadari di TV1, ia menampilkan lakonan mantap Shafie Naswip, Adam Shah, Along Eyzendy, Hafidz Razif dan Hariri Abd Jalil.

Diarahkan oleh Zaili Sulan, ia bertemakan kedaulatan negara menjadi misi perjuangan anggota Komando 69 memburu dan menghapuskan musuh.

“Legasi 69 Komando” ini mengisahkan tentang semangat kepahlawanan lima anak muda kampung yang mempunyai keperibadian yang tinggi serta amat berbeza yang bernama Hamzah Hashim, Apot a/k Saad, Zabri Abd Hamid, Hasyim Jaabar dan Ahmad WT.

Mereka berlima kemudiannya telah menyahut cabaran untuk menyertai unit baharu dalam pertahanan negara pada tahun 1969 yang dikenali dengan nama VAT 69.

Untuk menyertai unit elit tersebut, mereka dikehendaki melalui satu sesi pemilihan yang amat getir. Dalam setiap episod siarannya, rancangan ini akan memaparkan kesungguhan anak-anak muda ini meninggalkan keluarga di kampung demi hasrat untuk berbakti untuk negara.

Cereka ini diselang-selikan dengan curahan pengalaman anggota VAT 69 yang masih hidup beserta dengan kisah kehidupan keluarga mereka dikampung halaman. Menariknya turut diceritakan detik-detik cemas mereka semasa memburu musuh dengan satu tujuan iaitu untuk membunuh atau dibunuh. Begitu juga kisah kehidupan bersama rakan-rakan baik di berek penginapan mahupun kehidupan di hutan.

Ada juga diselitkan temubual bersama kelima-lima mereka ini yang telah bersara dalam menceritakan pengalaman mereka diperbatasan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Stalk Fasha Sandha & Aidil Aziz di Majlis Nikah A.Aida

Wanna One Kasi Gegar di Konsert Wanna One World Tour