in

Suria FM & Red FM Raikan Media Nite 2010

Semalam, SURIA FM dan Red FM telah menganjurkan “Bola Fever Bersama Media 2010” yang bertempat di Pacific Regency Hotel Suites bagi meraikan serta sebagai tanda penghargaan kepada semua para media di Malaysia yang telah banyak memberikan sokongan kepada kedua-dua buah stesen radio tersebut.

Budiey turut dijemput untuk sama-sama merasai kehangatan tema demam bola sepak Piala Dunia yang bakal menggegarkan dunia beberapa jam sahaja lagi. Sempena dengan tema jersi bola, Budiey mengenakan jersi Brazil dari Adidas, seluar juga dari Adidas dan kasut putih keluaran Adidas. Pendekata semua jenama Adidas. Memang dah jadi jemana kegemaran Budiey dari dulu. Dan Alhamdulilah, Budiey telah berjaya memikat hati juri untuk merangkul gelaran Best Dress Male pada malam itu. Terima kasih Suria FM!

Manakala Best Dress Female dimenangi oleh Yanie dari Harian Metro. Tahniah Yanie!

Selain itu, media wartawan yang hadir berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan menerusi cabutan bertuah. Hadiah paling grand ialah wang tunai RM1000 yang dimenangi oleh Nana dari Karangkraf.

Permainan bola sepak penalty shoot juga telah menjadikan event ini happening. Grup Budiey yang mewakili negara Brazil hanya dapat kekal di tangga ketiga sahaja. Setiap sorang dapat wang tunai RM50 dan hamper. Kira okay la tu.

Ramai juga artis yang hadir. Walaupun dalam senarai jemputan tu ada Anuar Zain tapi malangnya Anuar Zain tak dapat hadir. Namun, party bola Suria FM sangat happening dengan kehadiran Ning Baizura, Ezlynn, Mila, Stacy, Akim dan ramai lagi bintang AF8.

Ning telah mendendangkan 2 buah lagu iaitu Mama Papa dan Sampai Bila. Happening sungguh lagu Mama Papa tu. Tengoklah siapa penari latarnya.

Mungkin ini satu latihan yang baik untuk Ning bagi SHOUT! The Mod Musical nanti ya?

Ezlynn dan Mila, eh nak sama la, macam adik beradik kan?

Bintang AF8 yang sentiasa girang… walaupun…

Penyampai Zizi letak bendera mana ni?

Bersama DJ Lin yang kini dah bersara dari menjadi PR Suria FM. Penyampai Suria Cinta sepenuh masa!

Bersama Famy, PR Suria FM yang berkaliber dan berdedikasi menjaga media.

Bersama DJ Bob Ringgo! Rawwwk!

Yang ni pulak, siapa yang tak kenal dengan Kak Vee… buat kecoh tiap-tiap pagi bersama Halim & Zizi.

Halim Othman yang sangat rajin ketika mana sahabat baiknya, Linda Onn akan ke Mekah untuk buat umrah Isnin ini ya?

Tu dia… Ning pun demam bola jugak!

Dengarnya, kini Ning dah ada pengurusan yang baru.

Ezlynn dengan gaya rock funky glam!

Halim Othman tetap dengan jersi Suria FM nya

Menurut Ketua Pegawai Operasi Suria FM & Red FM, Azrullah Md Nor, pihaknya akan berusaha lebih keras untuk memberikan yang terbaik dengan menghidangkan lebih hiburan kepada pendengar.

Selain itu, katanya, pihaknya akan terus memperbaiki kualiti termasuk dari segi kandungan program yang disiarkan dengan sentuhan inovasi dan kreativiti.

“Semangat yang jitu disamping komitmen yang tinggi merupakan antara faktor yang membantu Suria FM dan Red FM berjaya melangkaui corak penyiaran konvensional sedia ada.

“Kesungguhan stesen dalam menyalurkan konsep interaktif yang lebih dekat dengan pendengar berjaya menghasilkan kombinasi platform media digital, siaran ‘infotainment’ serta aktiviti luar yang dianjurkan,” katanya.

Tahun 2010 merupakan tirai pembukaan tahun yang cukup bermakna buat Suria FM dan juga Red FM kerana kini kedua-dua stesen radio ini telah bergabung di bawah satu pengurusan.

Perubahan terbesar yang dilakukan dalam konteks kandungan program khasnya dari segi barisan penyampai serta susunan program terbaru, selain strategi promosi berterusan yang lebih agresif, ternyata membawa kepada kejayaan cemerlang yang telah dicatatkan.

Terbaru, Suria FM kembali membuat kejutan dan perubahan yang terbesar dengan menukar tagline kami. Kami tidak lagi menggunakan tagline “ Muzik Terbaik Tanpa Henti” tetapi telah menukarnya kepada “ Muzik Terbaik 90-an dan Terbaru” yang telah dikuatkuasakan pada 7 Jun yang lalu.

Red FM memperbaharui kandungan programnya supaya menjadi lebih kuat dengan membawakan segmen baru Red FM iaitu Carta 40 dan 104 Minit Marathon. Ini adalah janji Red FM dalam memberikan Muzik Terbaik kepada pendengar setianya.

Sejak mula Suria FM beroperasi secara rasmi pada 24hb November 2007, tahun 2010 ini Suria FM telah berjaya melakar sejarah dengan peningkatan jumlah pendengar tertinggi di Malaysia.

Berdasarkan keputusan terkini Ac Nielsen, Suria FM berada di tangga keempat bagi stesen radio berbahasa Melayu dan kedudukan kelapan bagi stesen keseluruhan.

Manakala Red FM yang berusaha keras untuk menguasai pasaran radio berbahasa Inggeris telah meningkat dengan 15% kenaikan pendengar dari tahun ke setahun.

Pendengar dikalangan golongan profesional, seperti pengurus, eksekutif dan pengusaha telah meningkat sebanyak 59%. Red FM Breakfast Show pula telah mencatatkan peningkatan masa mendengar yang tertinggi diantara semua segmen pagi dengan jumlah 1.6 jam seminggu.

Perolehan hasil pengiklanan bagi bulan Januari dan Februari 2010 telahpun Berjaya melebihi sasaran jualan.

Perolehan suku pertama telah Berjaya mendapat 95% daripada sasaran jualan. Prestasi yang baik meransang lagi kedua-dua buah stesen radio ini untuk lebih giat aktif dalam menjalankan aktiviti untuk mendekatkan lagi kepada pendengar setia khasnya.

Suria FM dan Red FM telah mengatur pelbagai aktiviti menarik sepanjang tahun ini yang melibatkan pendengar. Antaranya ‘siri jelajah Suria FM Rancak Tour’ dan yang terdekat ialah pada 26hb Jun di Ipoh dan 27hb Jun pula, di Terminal One Seremban.

Ia akan disusuli dengan Konsert Kemuncak Suria FM yang akan mengenengahkan nama nama besar dalam industri hiburan tanahair. Konsert sehari yang berkonsepkan carnival ini akan berlangsung pada 24hb Julai ini di Presint 2, Putrajaya .

Red FM turut mengatur pelbagai aktiviti istimewa antaranya ‘Love Classifieds’ dan ‘People’s Voice Carnivals’ yang melibatkan ‘krew red ryders’.

Aktiviti berbentuk kemasyarakatan ini akan dijalankan sepanjang tahun. Sambutan sempena pesta ‘World Cup 2010’ juga akan diraikan sekitar jun ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bintang Akademi Fantasia 8 di Media Nite Suria FM

Kisah Budak KL Masuk Kampung