in

Tambang Serendah RM199* Sehala Ke Melbourne Mulai Hari Ini

Tetamu nikmati faedah tambang bernilai hebat secara konsisten dan pengalaman lapangan terbang lancar dan canggih

AirAsia hari ini mengesahkan perkhidmatannya di Melbourne (Australia) akan berpindah dari Lapangan Tullamarine ke Lapangan Terbang Avalon mulai 5 Disember tahun ini, pada masa yang sama melancarkan perkhidmatan buat julung kali dari Lapangan Antarabangsa Victoria yang kedua.

Dikendalikan oleh AirAsia X, syarikat sekutu AirAsia, perkhidmatan dua kali sehari ini akan berlepas dari klia2 (lewat tengahari dan petang) akan membawa tetamu dari Malaysia dan ASEAN semakin hampir dengan destinasi pelancongan terkemuka, Great Ocean Road di samping menyediakan akses berpatutan dan selesa dari bandar Melbourne.

Avalon PC KL-101

Photo Caption: (From Left to Right) AirAsia X Group Head of Commercial, Barry Klipp; AirAsia X Malaysia CEO Benyamin Ismail; Mayor for the City of Greater Geelong, Councillor Bruce Harwood; Australian High Commissioner to Malaysia, H.E.Andrew Goledzinowski AM; Avalon Airport CEO, Justin Giddings flanked by cabin crew at the launch of AirAsia to transition its Melbourne services to Avalon Airport.

Ketua Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail mengumumkannya di Tune Hotel klia2 semalam di satu majlis media yang dihadiri oleh pelbagai tetamu kehormat dari pihak pelancongan, lapangan terbang dan industri termasuk Datuk Bandar Geelong Bruce Harwood, Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia, H.E. Andrew Goledzinowski AM dan Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Avalon, Mr Justin Giddings untuk mempromosi Victoria, Great Ocean Road dan kawasan sekitarnya.

“Sebagai syarikat penerbangan utama yang melancarkan perkhidmatan antarabangsa dari Lapangan Terbang Avalon, ini merupakan satu game changer (pembawa perubahan) untuk pengguna, pelancongan dan industri. Kami yakin bahawa tambang bernilai hebat dari dan ke Melbourne, akan terbukti popular dengan warga Australia yang ingin terbang ke KL atau berhubung dengan 130 destinasi popular dalam rangkaian global kami, dan ASEAN akan mendapat faedah daripada akses berpatutan dan selesa ke Victoria.

“Nilai, inovasi dan pilihan adalah tunjang kepada segala yang kami lakukan. Kami amat teruja untuk memindahkan perkhidmatan Melbourne ke fasiliti baharu yang canggih di Lapangan Terbang Avalon di Victoria, Australia bagi menentukan kami akan terus menyediakan tambang bernilai hebat kepada tatamu dan meninjau potensi peluang untuk mengembangkan perkihdmatan Melbourne akan datang.

“Lapangan Terbang Avalon mempunyai banyak keistimewaan termasuk kawasan pelepasan dan ketibaan yang mudah dan seragam dan lokasi berhampiran dengan salah satu daripada ikon pelancongan terkemuka Australia – Great Ocean Road, pada masa yang sama mengekalkan akses dan kedudukan hampir dengan bandar.

“Bagi menyambut peralihan ini, kami telah menawarkan jualan tambang ke Melbourne (Lapangan Terbang Avalon) mulai hanya RM199* termasuk semua sehala yang merupakan termurah bagi laluan ini dari AirAsia.

Tambah beliau, “Sasaran kami adalah untuk membawa setengah juta tetamu bagi tahun pertama operasi, dan kami sedang mengkaji semula destinasi lain yang menarik yang kami berpotensi untuk lancar dari Avalon pada masa akan datang.”

Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Avalon Justin Giddings berkata,

“Pembinaan terminal antarabangsa baharu berjalan lancar. Pada hampir 9000 meter persegi, ia akan dilengkapi dengan fasiliti canggih dengan inovasi terkini dalam proses dan kelengkapan kastam serta pilihan membeli-belah Bebas Cukai dan makanan dan minuman. Kami tidak sabar mengalu-alukan AirAsia sebagai penyewa antarabangsa pertama dan tetamu dari Malaysia dan seluruh dunia ke terminal antarabangsa baharu kami.”

Promosi istimewa ke Melbourne dengan tambang termasuk semua serendah RM199* sehala sedia boleh ditempah di airasia.com mulai sekarang sehingga 15 Julai 2018, untuk tempoh perjalanan dari 5 Disember 2018 ke 13 Ogos 2019.

Syarikat penerbangan ini akan bertukar destinasi lapangan terbang di Melbourne, Australia dari Lapangan Terbang Tullamarine (Kod lapangan terbang MEL) ke Lapangan Terbang Avalon (Kod Lapangan Terbang AVV) dalam kesemua sistem penempahan untuk penerbangan yang berlepas mulai 5 Disember. Penerbangan D7 218 dari Kuala Lumpur merupakan perkhidmatan buat julung kali ke Lapangan Terbang Avalon dijadualkan untuk tiba di Melbourne pada pagi 5 Disember 2018.

Tetamu yang menempah untuk terbang dengan AirAsia X dari/ke Melbourne mulai 5 Disember akan dihubungi secara terus oleh syarikat penerbangan dan diberikan keterangan perjalanan baharu mereka termasuk pelbagai peruntukan sekiranya mereka ingin menukar rancangan perjalanan mereka.

Tetamu boleh menghubungi AirAsia melalui saluran rasmi di support.airasia.com.

Untuk maklumat terkini berkenaan berita, promosi dan aktiviti terkini AirAsia melalui Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua adalah bagi perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Nota: Waktu yang tersenarai adalah tempatan kecuali dinyatakan sebaliknya, tertakluk kepada kelulusan kerajaan dan peraturan.

Nota: Jualan tambang dari/ke Lapangan Terbang Avalon tertakluk kepada kelulusan peraturan pada waktu ini.
***

Mengenai Lapangan Terbang Avalon

Lapangan Terbang Avalon terletak kira-kira 50 minit dari Kawasan Pusat Komersial Melbourne and 43 kilometres dari Torquay – pintu masuk ke Great Ocean Road. Terminal antarabangsa baharu ini akan menampilkan fasiliti canggih apabila operasi bermula pada 5 Disember semasa perkhidmatan pertama AirAsia di Avalon berlepas.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Luahan Hati Nora Dalam ADA DALAM TIADA

Netflix Perkenalkan Smart Downloads Untuk Tontonan Lebih Lancar