Nama TULUS sudah mekar harum si negara kelahirannya, Indonesia. Sudah memenangi pelbagai anugerah dan penghargaan hasil tiga album yang sudah dilancarkan, kini sudah tiba masanya TULUS memanjangkan langkah dan menuju negara seberang secara rasminya.
Dikenali sebagai penyanyi lelaki solo dan pencipta lagu independen berasal Indonesia, TULUS memulakan kariernya dengan melancarkan album pertamanya pada tahun 2011. Lirik dengan tata bahasa yang indah dan unik serta makna yang mendalam menjadikan ciri khas karya-karya muziknya. Pelbagai penghargaan di bidang muzik dan sinematografi telah dia terima di hampir 7 tahun perjalanan muziknya.
Tulus Nyanyi Lagu MONOKROM di depan Media Malaysia
Di bawah naungan TulusCompany, perusahaan label rakaman dan pengurusan artis, TULUS mulai mengembangkan skala pendengar di berbagai buah negara. Jepun merupakan negara tujuan pertama langkah perkembangannya. Satu lagu berbahasa Jepun telah dilancarkan pada Oktober 2015 lalu. Beberapa kesempatan petunjukkan muzik di negara matahari terbit itu sudah dijalankan oleh TULUS.
TEMAN HIDUP Tulus di Pelancaran Album MONOKROM di Malaysia
Sejajar dengan perkembangan langkahnya di Jepun, TulusCompany memilih negara tetangga Indonesia iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei Darrussalam sebagai tujuan negara taklukan selanjutnya.
TulusCompany bekerjasama dengan Shiraz Music sebuah anak syarikat Shiraz Project Sdn Bhd untuk menjalankan rencana memperbesarkan lagi pendengar karya music TULUS secara rasmi di Malaysia khususnya. Bersamaan dengan dimulainya kerjasama ini, album muzik TULUS ketiga yang berjudul MONOKROM, diedarkan secara rasmi di Malaysia. Album MONOKROM ini boleh didapatkan di pasaran mulai 1 Julai 2018.
Video Penuh Sasha Saidin Temubual Penyanyi Tulus
Sehubungan dengan rencana dilancarkan serta diedarkan album MONOKROM di Malaysia, TULUS muncul dalam rangka promosi berangkaian usai sidang media yang diadakan hari ini (25 Jun 2018) untuk memperkenalkan TULUS secara ‘up and close’ dengan rakan-rakan media Malaysia.
Bagi tujuan pemesanan persembahan atau pertunjukkan muzik di Malaysia, pihak promoter atau klien boleh berhubung dengan Shiraz Talents yang kini merupakan agen eksklusif yang menguruskan kerjaya TULUS di Malaysia, Singapura dan Brunei Darrussalam.
TULUS Shiraz Projects
Laman web: www.situstulus.com Laman web: www.shirazprojects.com
Instagram: tulusm Instagram: shirazprojects
Facebook: musiktulus Facebook: shirazprojects
Tentang TULUS
Sebanyak 50 penghargaan baik di bidang muzik dan sinematografi telah TULUS perolehi sepanjang enam tahun perjalanan muziknya. Berkarya mengusung bendera independen, TULUS berkarya di bawah naungan TulusCompany, perusahaan yang dibangunkan bersama abang kandungnya, Riri Muktamar. TulusCompany selaku label rakaman dan pengurusan artis telah melancarkan 3 buah album muzik untuk TULUS. Semua karya muzik yang ada dalam ketiga album muzik tersebut adalah hasil karya cipta TULUS sendiri.
‘Kantung’ album pertama TULUS dilancarkan pada akhir tahun 2011, ditanggapi dengan sangat baik dan menerima banyak respon positif dari penikmat muzik di Indonesia. Majalah Rolling Stone Indonesia meletakkan album ini di deretan atas daftar-daftar album terbaik Indonesia pada tahun 2013, memberikan TULUS penghargaan sebagai Rookie of The Year pada tahun tersebut.
Pada awal tahun 2016, TULUS melancarkan single berjudul Pamit. Pamit adalah single yang merupakan bahagian dari album ketiga yang telah dilancarkan pada bulan Ogos 2016 iaitu Monokrom. Melalui album ketiganya ini, TULUS mendapat kesempatan untuk berkolaborasi dengan The City of Prague Philharmonic di Republik Czech. Ia melakukan sesi rakaman dengan iringan alat-alat muzik gesek dari The City of Prague Philharmonic untuk 5 lagu yang ada dalam album tersebut.
TULUS lahir di Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Beliau menyandang gelaran sarjana di bidang kejuruteraan dengan kecintaan yang tidak ada habisnya terhadap muzik. Dibesarkan dalam keluarga yang bukan berdarah seni, kesukaannya terhadap keindahan nada telah ada sejak kecil. Dulu, ibunya yang memperkenalkan TULUS pada pelbagai macam jenis muzik.
Sewaktu masih belajar di jurusan kejuruteraan, TULUS menemukan dirinya memiliki ikatan yang sangat kuat terhadap muzik. Walau dilihat berbeza bidang, bagi TULUS, muzik dan arkitektur memiliki banyak kesamaan yang tidak banyak diketahui. Dalam bermuzik, penyanyi ini mempelajari bagaimana menghargai keindahan sambil mempertahankan struktur dan fungsi dari muzik itu sendiri. Begitu juga dalam kejuruteraan, di mana ketiga-tiga aspek di atas (keindahan, struktur, dan fungsi) adalah asas utama dalam pekerjaan yang bersifat arsitektural.
Tidak hanya membatasi diri di bidang muzik, TULUS, melakukan kolaborasi dengan pelbagai macam profesi di luar industri muzik. Di antaranya ialah pembuatan video muzik, video dokumentasi, art performance untuk video muzik. Davy Linggar, Melati Suryodharmo, dan Papermoon Puppet Theatre adalah 3 di antara banyak nama lain yang penah berkolaborasi dengan TULUS.
Indonesia, menjadi rumah di setiap karya muzik TULUS, namun tidak hanya berhenti mempersembahkan karya muzik di “rumah”nya saja. Pada tahun 2015, TULUS telah memanjangkan langkahnya ke Jepun. Langkah awal TULUS di Jepun, dimulai dengan melancarkan lagu berbahasa Jepun ciptaan TULUS untuk pertama kalinya yang berjudul “Kutsu”. “Kutsu” merupakan gubahan lagu “Sepatu” dalam versi Bahasa Jepun. Di tahun ketiga perjalanan muzik di Jepun, TULUS dianugerahkan sebagai Duta Besar 60 tahun Persahabatan Indonesia – Jepun.
Tidak hanya negara Jepun, negara tetangga seperti Malaysia, Singapura, dan Brunei Darrusalam turut menjadi tujuan memperkembangkan pendengar karya muzik TULUS.
Pencapaian TULUS
2013:
● Rookie Of The Year – Majalah Rolling Stone Indonesia
● Lagu-lagu yang paling sering diputar selama 2013 – Ardan Radio Networks Group
2014:
● Male Singer of The Year – Indonesia Choice Awards (ICA) Netmediatama
● Male Artist of The Year – Anugerah Planet Muzik
● Best Album of The Year – Majalah HAI
● Best Song of The Year – Majalah HAI
● Best Male Singer of The Year – Majalah HAI
● Top 9 Best Album of The Year – Majalah TEMPO
● Best Album of The Year – Rolling Stone Indonesia
● The Shinning Star of 2014 – Bintang Indonesia
2015:
● Best Musician of The Year – Java Jazz Festival
● Penyanyi Pop Pria Terbaik – AMI Awards Indonesia
● Penulis Lagu Pop Terbaik – AMI Awards Indonesia
● Album Pop Terbaik – AMI Awards Indonesia
● Produksi Musik Best of The Best – AMI Awards Indonesia
● Album Best of The Best – AMI Awards Indonesia
● Video Klip ter-Dahsyat – Dahsyat Awards RCTI Indonesia
● The Best Collaboration (Song) (Lagu Kolaborasi Terbaik) – Anugerah Planet Muzik Asia Tenggara
● Male Singer of The Year – HAI Readers Poll Award
● Top 10 Song Path 2015 untuk “1000 Tahun Lamanya”
2016:
● Male Singer of The Year – Indonesia Choice Awards (ICA) Netmedia
● Penyanyi Pop Pria Terbaik – AMI Awards Indonesia
● Male Singer “Prominent Figure with Positive Sentiment in Social Media”, Social Media Awards Majalah Marketing
● Top Male Artist 2016 – Spotify Indonesia
● Video Klip ter-Dahsyat untuk “Jangan Cintai Aku Apa Adanya”– Dahsyat Award 2016
● Video Klip Terpilih untuk “Ruang Sendiri” – Piala Maya 2016
● Peringkat 10 Album Musik Terbaik 2016 – Rolling Stone Indonesia
2017:
● Male Singer of The Year– Indonesia Choice Awards (ICA) Netmedia
● Album Monokrom sebagai Album of The Year– Indonesia Choice Awards (ICA) Netmedia
● Video Musik Monokrom sebagai Music Video of The Year– Indonesia Choice Awards (ICA) Netmedia
● OZclusive Ter-Friendly di OZ Radio Bandung Friendly Music Award 2017
● “Pamit” sebagai Lagu Ter-Friendly di OZ Radio Bandung Friendly Music Award 2017
● Favorite Male Singer di JawaPos.com Reader Choice
● Penyanyi Favorit di Indonesia Kids Choice Awards 2017 Global TV
● Video Musik Manusia Kuat sebagai Best Pop Music Video – Cornetto Pop Awards
● Favorite Pop Male Singer di Cornetto Pop Awards
● The Most Streaming Artist 2017 in JOOX Indonesia
● Artis Solo/R&B/Urban Terbaik – AMI Awards Indonesia
● Album Soul/R&B/Urban Terbaik – AMI Awards
● Produser Album Rekaman Terbaik (TulusCompany – Ari Renaldi) – AMI Awards Indonesia
● Album Terbaik- Terbaik – AMI Awards Indonesia
● Karya Produksi Terbaik – Terbaik – AMI Awards Indonesia
● Video Klip Terpilih – Piala Maya 2017
2018:
● Solo Pria Ter-Dahsyat – Dahsyatnya Awards
● Video Klip Ter-Dahsyat – Dahsyatnya Awards
● Lagu ter-Dahsyat – “Ruang Sendiri”
● Best Music Video of The Year – Indonesian Choice Awards 2018 – “Manusia Kuat”
Perihal Shiraz Projects Sdn Bhd
Shiraz Projects bukanlah entiti yang beroperasi secara ‘one size fits all’. Sebaliknya bayangkan ia sebagai penerbit acara dan pengurusan acara ‘haute couture’. Shiraz Projects bersifat tulen, berani dan ternyata berbeza.Setiap projek baik bermula dari perhimpunan 10 individu hinggalah ke sebuah acara mesyuarat berskala besar akan direka khusus untuk anda. Kami mencipta ilusi untuk pelanggan dan rakan kongsi kami tetapi kami juga memastikan semuanya menjadi realiti. Kami meneliti, merancang dan bekerja sehabis kudrat dan tenaga di belakang tabir untuk memastikan serta memenuhi hasil yang dikehendaki, memastikan pendedahan maksimum dan sentiasa memberikan pulangan yang luar biasa terhadap pelaburan.
Bekerjasama dengan Shiraz Projects sepertinya mencipta momen dan peristiwa tersendiri. Kami merupakan pasukan penenun impian, yang didorong oleh tenaga dan semangat yang membara secara konsisten bagi menghasilkan acara kelas dunia dalam apa jua skala. Kami berada di kekedudukan dan ruang penting yang unik dalam industri, dengan kebebasan kreatif dan kepakaran teknikal dibaluti dengan kecemerlangan dan belanjawan yang setara.
Pasukan Shiraz Projects menawarkan pelaku acara yang luar biasa dan berbakat unik, masing-masing dengan kemahiran dan kepakaran tersendiri yang ditetapkan untuk acara-acara khas yang mampu mencapai impak yang maksimum dan keputusan yang cemerlang. Sentiasa maju ke depan, kami sentiasa peka dan sensitif dengan berita semasa, terkini, terhangat malah dengan apa yang bakal berlaku kelak.
Antara projek yang telah berjaya dilunasi ialah Konsert 2 Raksasa – Sweet Charity & Blues Gang, Konsert Suara Hati Afgan, Anugerah Sukan Dunia Laureus 2014, Forum Ekonomi Islam Dunia 2015, dan The Musical Journey of Zainal Abidin 35th Anniversary Concert Featuring Headwind, Sheila On 7 Live in Kuala Lumpur dan BCL, Anuar Zain & Yuka Live in Concert.
Perihal TulusCompany
Indipenden, adalah semangat utama penyebab TulusCompany ditubuhkan. Syarikat ini ditubuhkan oleh dua beradik, Riri Muktamar dan Muhammad Tulus. Kini syarikat tersebut telah menjadi syarikat pengurusan bakat yang juga mengendalikan bakat bernama TULUS. Beroperasi dan terletak di Kota Bandung, di mana perjalanan muzik TULUS bermula.
Setahun selepas syarikat ini dibina, album TULUS yang pertama dikeluarkan secara indipenden. Sehingga kini, dengan tiga album yang dikeluarkan, ‘indipenden’ masih menjadi semangat syarikat tersebut dalam mencipta dan menghasilkan muzik. Malah, syarikat ini sentiasa menggabungkan kreativiti dalam setiap aspek perniagaan TulusCompany, yang menjadikan syarikat ini ingin dikenali sebagai sebuah syarikat kreatif.
Selain mengendalikan TULUS, kini TulusCompany juga berkembang menjadi syarikat label rakaman indipenden. Tidak cukup berpuas hati di Indonesia, TulusCompany juga mengambil langkah sistematik untuk memperluas syarikat ini ke negara lain. Seperti Jepun, Singapura, dan Malaysia.