in

Yang Anda Patut Tahu Tentang Hermes 101 Birkin

Lesson “Hermès 101 – The Orange Box Adventure”
.
Ramai yg tanya, apa yg hebat sangat dengan bag ni?
.
Memiliki Hermès adalah impian semua pencinta handbag.
Dah dapat satu, that’s a treasure.
Dapat beli lg, that’s an adventure.
Selepas itu, akan dtg kemahuan yg sangat tinggi untuk membeli lagi & lagi, that’s an obsession.

Hermes 101 Birkin
.
Jadi apabila ada fake news menunjukkan Hermès beg berderet..
Ye, berita tu memang palsu.
Tapi apabila ada seorang penyokong mempertikaikan “Mana ada org bodoh sgt yg beli handbag yg sama lain2 color”
Ada puan…
Puan je yg di luar lingkungan org2 tersebut, sbb tu puan tak tau
.
Bag Hermès yg paling popular adalah #Birkin & #Kelly
Dan semua handbag dia ada range leather/skin yg berbeza yg kebanyakannya dari kulit anak lembu jantan.
Jenis2 kulit anak lembu jantan ini juga dinamakan berbeza2 mengikut cara ianya diproses. Jenis kulit yang paling popular adalah Togo & Epsom
.
Selain itu, ada range yang lebih mahal menggunakan kulit haiwan eksotik.
* Crocodile skin – ada banyak range, nama berbeza berdasarkan dari mana asalnya. Contoh : Niloticus adalah kulit dari buaya yg berada di Sungai Nile di Afrika;
* Alligator skin;
* Lizard skin (selain biawak, mereka juga satu spesis cicak. Ye, cicak! yg diperolehi dari Asia Tenggara & ini sangat rare sebab susah didapati);
Ostrich leather (mcm dalam gambar ni) – ni favourite saya.
.
Semua handbag Hermès adalah handmade.
Itu salah satu lagi kenapa ianya sesuatu yang sofistikated berbanding jenama lain
.
Handbag Hermès ni, terutama sekali Birkin & Kelly bukan blh dibeli sesuka hati.
Kena book.
Lepas tu diorg kena approve.
Lepas tu tunggu waiting list.
Lepas tu baru boleh dapat.
Bila? Tak tau.
Mungkin beberapa bulan.
Mungkin juga beberapa setahun.
Yes, tahun!
So tunggu je la
.
Kalau pergi Paris, boleh beratur.
Tapi diorg boleh ckp, “sorry no Birkins today” & dia tak boleh beritahu bila akan ada.
So anda beratur lagi esok.
Dan esok lagi.
Kalau anda bernasib baik, mungkin pada hari ke 6 atau ke 7, diorg akan ckp, “yes we have Birkin today” atau “yes we do, but we only have size 35 Togo Leather in emerald green”
.
Maksudnya, walaupun anda ada duit yg sangat banyak, masih ada kemungkinan yg anda tidak dapat memiliki Birkin/Kelly.
Permintaan yg tinggi itu juga merupakan faktor kpd keunikan handbag ini & membolehkan mereka menetapkan harga handbag tersebut sesuka hati.
Jadi, bagi seseorang pencinta handbag yang dapat memiliki, sudah tentu ia memberi satu kepuasan dan kebanggaan yang tidak terhingga
.
Harganya berbeza mengikut jenis kulit & saiz.
Selain dari itu, harganya diletakkan sesuka hati, tidak pernah sama.
Ada yg berpendapat beli Birkin/Kelly adalah satu pelaburan, sebab harga second hand untuk model tertentu boleh meningkat jauh lebih tinggi dari harga asal.
.
Selain jenis kulit itu sendiri, hardware yang digunakan juga memberi peranan kpd penetapan harga.
Hardware maksudnya buckles, snaps, rings, connectors, chains, etc yg digunakan untuk handbag tersebut.
Oh lg satu..ultimate must have untuk Birkin lovers adalah Himalayan Croc Skin dgn hardware palladium yg berharga dalam USD130K.
Harga jualan handbag baru yg biasa bermula dari RM40k.
Rekod tertinggi jualan sebuah Birkin adalah USD379K (RM1.5juta) – ni Himalayan Croc Skin tu jugak, tapi guna hardware emas 18k bertatahkan 240 berlian
.
Milik siapakah handbag itu agaknya?
Gila!
Tapi obsession kepada sesuatu memang satu kegilaan pun…
Kalau tak percaya, blh tanya Victoria Beckham.
Beliau dilaporkan memiliki lebih 100 Birkin.
Tu baru Birkin
.
Selamat berpuasa
✌🏻

#Obsession
#Hermes
#OrangeBoxes
I am #GucciGang & #LVengers je

Kredit: Facebook

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dora’s Worldwide Adventure & Nick Football Champions

Coca-Cola Membawa Keseronokan FIFA World Cup Russia™ 2018