in ,

Bahana Drama Nur, Sup Bunjut Jadi Trending

KECOH betul pasal sup bunjut sejak kebelakangan ini. Mana tidaknya, sejak semalam topik ini menjadi bualan hangat malah trending di semua rangkaian sosial media khususnya Twitter.

Difahamkan, ia menjadi bualan para netizen ekoran satu adegan di dalam drama berjudul Nur yang kini sedang hangat ditayangkan di stesen TV3 menerusi slot Samarinda.

Drama Nur

Menerusi babak tersebut, ia menyaksikan Aishah lakonan Noorkhiriah mendakwa Nur yang dijayakan Amyra Rosli sudah menyihir ahli keluarganya dan memasukkan ‘sesuatu’ di dalam makanan.

Demi membuktikan hal tersebut, Aishah kemudiannya sanggup mencelup sup yang masih panas untuk mencari ‘barang’ tersebut dan menunjukkan kepada ahli keluarganya.

Drama Nur

Bagaimanapun, keadaan tegang itu berubah menjadi satu momen yang mencuit hati apabila ‘barang’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sup bunjut.

Ternyata insiden itu telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang mana rata-rata cukup terhibur dan pecah perut menonton babak berkenaan.

Drama Nur

Malah, bahan tersebut juga diketahui ramai untuk menyedapkan masakan dan rupanya memang seakan-akan ‘barang’ yang digunakan dalam ilmu sihir.

Drama Nur

Dalam pada itu, adegan tersebut bukan sahaja menarik perhatian netizen tempatan malah jenama terkenal iaitu Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. turut bergurau dengan mengatakan produk mereka bebas sihir.

“Admin mewakili Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. memberi jaminan bahawa produk Sup Bunjut kami adalah “bebas-sihir” #supbunjutadabi #teamsupbunjut #Nur #adabi,” usiknya.

Drama Nur

Nur merupakan naskhah arahan pengarah popular, Shahrulezad Mohameddin yang mana mula ditayangkan sejak 14 Mei lalu dan mendapat sambutan luar biasa daripada penonton sehingga mencecah 9 juta tontonan.

Drama terbitan Radius One Sdn. Bhd. itu menampilkan menampilkan barisan pelakon berbakat Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabil Ahmad Jadi Pengarah Filem Komedi Seram THE HANTUS

11 Juta Tonton Drama NUR