Penyanyi terkenal, Ning Baizura kini sedang sibuk berlatih untuk menjayakan watak utama sebagai Orange Girl dalam SHOUT! The Mod Musical yang akan berlangsung pada 15 hingga 21 Julai 2010 di Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Art Centre KLPac sempena dengan Festival Kuala Lumpur.
Show muzikal ini adalah usahasama antara Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara JKKN dan Akademi Broadway Malaysia yang mendapat lesen daripada Broadway New York.
Ning Baizura akan berganding dengan artis terkenal yang lain antaranya, Nikki Palikat, Tria Aziz, Shanel Shanty James dan Tisha Zarina. Mereka akan bergabung sebagai satu pasukan berwarna-warni seperti Wanita Oren, Wanita Biru, Wanita Hijau dan Wanita Kuning yang akan menguasai pentas dengan kolaborasi gabungan vokal dan pelbagai tona suara yang sangat power.
Ini adalah julung-julung kalinya, muzikal ala antarabangsa dipersembahkan.
Ning Baizura yang hadir pada sidang media itu berkata pementasan teater muzikal semakin mendapat tempat dalam masyarakat negara ini dan semakin mengemari persembahan secara langsung di atas pentas.
Ini bukan kali pertama Ning Baizura berlakon teater. Seingat Budiey, Ning Baizura pernah berlakon dalam Teater The Story Teller bersama Jit Murad pada tahun 1996.
Gambar Ning Baizura semasa sidang media SHOUT! The Mod Musical yang berlangsung pada jam 2.30 petang tadi.
Ning & Nikki