in ,

Bekas Pemain Dram Flop Poppy Meninggal Dunia

BEKAS pemain dram kumpulan Flop Poppy, Azman Ismail, 45, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di kediamannya di Skudai, jam 5.30 petang tadi.

Rakan baiknya, Raymie Febian berkata, arwah yang dikenali dengan nama Man Kanan iru kelihatan ceria ketika menjalani uji bakat bermain muzik di sebuah hotel di sini semalam dan sepatutnya memulakan kerja pada malam ini.

Bekas Pemain Dram Flop Poppy Meninggal Dunia

“Arwah sedang tidur sebelum dikejutkan isterinya untuk pergi ke bazar Ramadan petang tadi.

“Bagaimana pun, sebaik saja bangun dari tidur, arwah tiba-tiba mengurut dada dan mengadu sesak nafas sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dia mengakui arwah sudah lama mengidap penyakit ‘tiga serangkai’ namun tidak sangka akan pergi menghadap Ilahi pada bulan Ramadan.

Katanya, lokasi pengebumian yang dijadualkan esok, belum ditetapkan lagi.

Menurutnya, ia kerana isteri arwah, Hanisah Mohd Hazir masih berbincang dengan ahli keluarga sama ada Allahyarham dikebumikan di Johor atau di tempat kelahirannya di Kuantan, Pahang.

Pada masa ini, jenazah berada Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar YB Syed Saddiq Digunakan Netizen Untuk Lariskan Produk

YJ PARTNERS Announces Second Wave of Ticket Sales to go Live on 20 June 2018