Bagi korang yang mahu membeli barangan terpakai atau pun yang masih baru, boleh datang ke Preloved Mania 2018 yang diadakan pada 2 dan 3 Jun 2018 di Sunway Nexis, Kota Damansara. Khabarnya, acara ini turut dimeriahkan oleh pasangan popular Fattah Amin dan Fazura. Jadi, kepada korang yang menjadi peminat Fattah dan Fazura, kenalah save the date.
Datang beramai-ramai, ajak sedara mara dan jiran tetangga sekali. Mesti ramai yang berebut-rebut nak tengok apakah barangan terpakai dari Fattah Amin dan Fazura ni kan? Yang penting barang semuanya murah-murah dan berpatutan sangat. Rugi pulak tak datang dan beli!
Selaku Blogger Rasmi, Budiey juga turut berada di sana untuk menyokong acara ini. Budiey ada banyak sangat barangan terpakai, stok lama dalam stor tu dan juga barangan yang masih baru untuk dijual di acara ini nanti. Jangan lupa datang support okay.
Selain pakaian, handbags dan kasut lelaki mahupun perempuan, turut dijual biskut raya, buku, novel, barangan penjagaan bayi, aksesori dan macam-macam lagi. Nak tahu lebih lanjut apa yang dijual kat sini nanti, korang kenalah datang.
Acara ini menjadi antara yang terbesar pernah diadakan. Acara ini ditujukan untuk masih lagi dalam keadaaan baik. Haa, kepada korang yang nak join turut serta menjual barangan pun boleh juga. Korang tak payah risau nak jaga booth atau barang korang tu. Korang hanya perlu hantar barangan kepada team Preloved Mania dan mereka akan mengendalikan segalanya. Daripada korang buang barang tu, ada baiknya korang jual di Preloved Mania 2018. Kepada korang yang nak turut serta, bolehlah DM Instagram @prelovedmaniamy.
Peniaga (vendor) dan pelanggan boleh menggunakan kemudahan MRT untuk datang ke Preloved Mania. Hanya berhenti di Stesen Surian, dan anda terus akan nampak Preloved Mania di Sunway Nexis.
Peniaga (vendor) dan pelanggan juga boleh meletakkan kenderaan di Basement Sunway Nexis. Bagi peniaga (vendor) jangan risau kami juga akan menyediakan tempat letak kereta di atas (berhadapan dengan Preloved Mania).
Banyak lagi kejutan yang akan menanti peniaga (vendor) dan pelanggan Preloved Mania. Datang, jamu mata dan kalau rasa harga tu sangat murah… tunggu apa lagi… bawak duit bebanyak dan beli je.. haaa, barangan pun sangat cantik dan molek lagi tu, rugi pulak tak datang dan beli!