in

Ini Sebab Tahap Kesihatan Jet Li Merosot Tak Segagah Dulu

PELAKON aksi popular antarabangsa, Jet Li atau nama sebenar Li Lianjie, 55, kini bertarung melawan penyakit hipotiroidisme dan masalah tulang belakang yang semakin serius.

Ikon Hollywood dikenali melalui filem Lethal Weapon V dan Expendables 2 itu dilaporkan sebenarnya sudah menghidap penyakit tersebut sejak lima tahun lalu.

“Beberapa tahun lalu, saya tidak mampu melakukan aktiviti fizikal mencabar disebabkan keadaan dialami ini.

Jet Li

“Doktor sudah memberi amaran pada 2013 bahawa saya mungkin berakhir di kerusi roda jika kekal melakukan aksi lasak fizikal dalam filem,” katanya.

Sekeping foto terbaru menunjukkan Li melawat sebuah kuil di Tibet terpaksa dibantu untuk bergerak yang tular di Internet sejak beberapa hari lalu.

Hal itu menyebabkan peminat seluruh dunia terkejut dan tidak menyangka tahap kesihatannya semakin merosot.

Mereka turut berkongsi pelbagai petua kesihatan dan rawatan dipercayai mampu mengubat penyakit dialami Li.

“Saya hanya manusia biasa, bukan Wong Fei-hung atau Huo Yuanjia. Saya sama seperti kamu,” kata Li.

Tahun lalu, pelakon filem Once Upon A Time In China ini pernah bercakap secara terbuka di sebuah majlis rasmi mengenai penyakit dihidapi selepas tidak lama muncul di khalayak ramai.

Dia mendedahkan mengidap penyakit tiroid pada 2010 dan sudah mengambil pelbagai ubat untuk rawatan namun tidak menunjukkan perubahan lebih baik.

Hipertiroidisme boleh menyebabkan metabolisma tubuh dan kadar degupan jantung pesakit berubah dan selalunya dirawat dengan pengambilan ubat.

Selain itu, penyakit tulang belakang dialami akibat kecederaan lampau ketika melakukan aksi lasak sejak lewat 1970-an sehingga awal tahun 2000 menyebabkan dia tidak mampu berdiri lama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menonton Filem DISNEY/PIXAR’S INCREDIBLES 2

Ieda Moin & Amyza Aznan Kembali Berceloteh Dalam KECOH DAPUR 3