Akhirnya, dalam diam-diam berahsia, bekas pengacara Trek Selebriti, JImmy Shanley bakal menamatkan zaman bujang.
TAHNIAH kepada Jimmy Shanley yang akan melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya, Suhaila Elaini, 24, pada 11 Jun ini. Majlis itu akan diadakan selepas solat Maghrib di rumah pihak keluarga perempuan di Sunway Rahman Putra.
Difahamkan bakal tunang Jimmy itu adalah anak kepada pengasas produk kecantikan, Natasya. Mereka dijangka melangsungkan hari bahagia pada Oktober nanti.
Pengacara yang berusia 30 tahun ini mengenali kekasihnya ini kenal sejak 2006.