in

Selipar Bata Tiba-Tiba Trending & Laris Selepas Dipakai Tun M

Semua pihak kini terus memberi tumpuan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selepas beliau kembali memimpin negara.

Dari gerak-gerinya, percakapan sehingga apa yang dipakai termasuk selipar milik perdana menteri ketujuh itu menjadi bualan ramai.

Terbaharu, selipar jenama Bata dalam gambar Dr Mahathir yang sedang duduk di kerusi dengan hanya berkaki ayam ketika menghadiri majlis makan malam, tular di media sosial.

Tun M Bata

Gara-gara selipar yang dipakai Dr Mahathir yang lebih dikenali sebagai Tun M, Bata kemudian memuat naik gambar sepasang selipar di halaman rasmi Facebooknya menjelaskan bahawa produk tersebut merupakan aksesori terhangat dijual di pasaran bagi Ramadan tahun ini.

Di ruangan komen, Bata turut menjawab pertanyaan netizen bahawa selipar yang dipakai Pengerusi Pakatan Harapan itu adalah rekaan empat tahun lalu.

Tun M Bata

Malahan di ruang komen, Bata menjawab pertanyaan netizen mengenal kesahihan selipar coklat yang dipakai Dr Mahathir.

“Ia adalah selipar keluaran Bata yang berada di pasaran lebih 20 tahun. Hari ini, seorang pengguna laman sosial Instagram telah berkongsi gambar Tun M memakainya,” ujar Bata.

“Rekaan semasa telah diperbaharui dengan dalamannya kini dipanggil ‘Sandak by Bata’. Tetapi ia adalah selipar yang sama,” tambah Bata.

Tun M Bata

Rata-rata netizen meminta Bata supaya mengembalikan rekaan selipar yang sama seperti kepunyaan Dr Mahathir.

“Bata yang disayangi, saya mahu yang serupa dengan Tun M.

“Kembali jual rekaan lama yang berusia empat tahun itu,” antara beberapa luahan netizen.

Selain itu, netizen turut memberi beberapa cadangan seperti memperbanyakkan saiz yang lebih besar dan mempelbagaikan warna.

“Maaf ya, selipar ini cuma satu warna dari dulu lagi. Kekal dengan rekaan vintaj,” jelas Bata.

Tun M Bata

Malah ada yang mencadangkan Bata untuk mendapatkan tandatangan perdana menteri untuk model sandal berkenaan.

“Kita cuba ya,” kata Bata.

Model produk tersebut kini dijual pada harga RM11.99 di semua butik Bata di seluruh negara atau laman web Bata.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syahadah 2018 di Bumi Sakura, Jepun

Sambut Ramadhan dan Syawal dengan Kejutan Manis WOW