Lazada Malaysia Lancar Program TV Realiti Fesyen LazAdaStyle buat Julung Kali bagi Memenuhi Citarasa Peminat dan Pereka Fesyen Tempatan
Program TV Realiti TV3 Ini akan Memaparkan Selebriti-selebriti Tempatan Termasuk Rizman Ruzaini, Nana Mahazan, Wirda Adnan, dan sebagainya
Platform e-dagang terkemuka di Malaysia, Lazada Malaysia, telah melancarkan program TV realiti fesyen LazAdaStyle sempena Aidilfitri yang menjelang ini. Melalui kerjasama dengan Media Prima Television Networks, LazAdaStyle diacarakan oleh selebriti tanah air Nana Mahazan dan beriltizam memposisikan Lazada sebagai destinasi beli-belah bagi produk fesyen dan kecantikan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Christophe Lejeune, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata, “Kami berusaha untuk menepati citarasa pengguna yang amat menitikberatkan aspek fesyen. Program TV realiti fesyen Lazada ini bertujuan mendampingi pelanggan dengan cara yang lebih menyerokkan dan relevan, di samping membekalkan mereka dengan rangkaian jenis produk yang luas. Fesyen dan kecantikan memainkan peranan penting untuk mencipta memori indah bagi sebarang perayaan. Oleh itu, kami menjadikan Fesyen & Kecantikan fokus kami pada Aidilfitri tahun ini.”
Terdiri daripada empat episod, LazAdaStyle menghimpunkan lapan pereka dan peminat fesyen tempatan yang perlu menyiapkan hasil rekaan mereka berdasarkan masa, bahan serta tema yang ditetapkan. Rekaan mereka akan dinilai oleh personaliti-personaliti ternama dalam industri fesyen termasuk Rizman Ruzaini dan Wirda Adnan. Sepanjang pertandingan ini, para peserta akan dibimbing oleh usahawan-usahawan fesyen yang popular seperti Min Luna, Syed Faizal dan Bustaman Mokhtar.
Para penonton bakal dihiburkan oleh tetamu-tetamu selebriti seperti Elfira Loy, Siti Sarah Raisuddin, Sherry Alhadad, Yasmin Hani dan Sha’rin Razali pada ketika mereka memberi sokongan kepada pereka pilihan mereka! Peserta-peserta LazAdaStyle akan disingkirkan secara progresif sehingga ke penghujung rancangan, di mana pemenang terpilih akan membawa pulang hadiah tunai yang lumayan serta hadiah-hadiah lain yang bernilai sehingga RM100,000.00.
Marilah ikuti episod-episod LazAdaStyle setiap Ahad pada pukul 3:00 petang di TV3 bermula dari 6 hingga 27 Mei, dan jangan ketinggalan untuk menikmati tawaran serta promosi Aidilfitri Lazada Malaysia yang istimewa di lazada.com.my. Lapan peserta pertandingan ini dipilih melalui satu sesi uji bakat tertutup berikutan satu pertandingan Instagram yang telah menerima lebih 300 entri dari seluruh negara.
Mengenai Kumpulan Lazada
Lazada Group mengendalikan Lazada, pusat membeli-belah dalam talian dan destinasi jualan dalam talian nombor satu di Asia Tenggara, dengan kehadiran di Indonesia (www.lazada.co.id), Malaysia (www.lazada.com.my), Filipina (www.lazada.com.ph ), Singapura (www.lazada.sg), Thailand (www.lazada.co.th) dan Vietnam (www.lazada.vn).
Dilancarkan pada bulan Mac 2012, Lazada mempelopori e-dagang di rantau ini dengan menyediakan pelanggan dengan pengalaman membeli-belah yang mudah dengan pelbagai kaedah pembayaran termasuk tunai semasa penghantaran, penjagaan pelanggan yang meluas dan pemulangan percuma. Lazada menawarkan pilihan produk yang luas dalam pelbagai kategori, daripada barangan elektronik hinggalah kepada barangan isi rumah, permainan, fesyen, dan peralatan sukan.
Lazada menawarkan para jenama dan pedagang penyelesaian pasaran dengan akses mudah dan langsung kepada kira-kira 560 juta pelanggan di enam buah negara melalui satu saluran runcit.