in

AirAsia X & Safran Landing Systems Meterai Perjanjian MRO

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail (tengah kiri) dan Ketua Pengarah Safran Landing Systems Singapore Shang Cheow Beng (tengah kanan) hari ini mengumumkan penandatanganan kontrak perkhidmatan Penyelengaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) 24 pesawat Airbus A330. Turut hadir pihak pengurusan AirAsia X dan Safran.

Photo+1

Kontrak terbabit merangkumi keseluruhan perkhidmatan baik pulih dan pembaikan untuk 24 giar pendaratan pesawat Airbus A330. Perkhidmatan berjadual pertama akan ditawarkan oleh MRO Safran Landing Systems yang bertempat di Singapura dan akan bermula dari 2018 sehingga 2025.

Safran Landing Systems Singapore kini ditugaskan untuk membekalkan giar pendaratan 32 pesawat Airbus A320 untuk rakan sekutu syarikat penerbangan jarak dekat AirAsia, dan dengan kontrak yang baharu ditandatangani ini, jumlah kontrak bersama Kumpulan AirAsia kini adalah 56.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Firdaus Nadxaman Kini Penerbit Filem

Vlog GILA MAKAN – RIUH IN THE CITY, Bangsar