#AltimetAir Road Tour ini merupakan rangka promosi album ‘Air’ yang baru sahaja dilancarkan pada Mac lalu. Namun siri jelajah ini bukan sahaja untuk mempromosikan album tetapi ia juga merupakan suatu platform untuk Altimet bertemu mata dengan peminat dari seluruh ceruk rantau. Bakal bersara sebagai penghibur di hujung tahun ini, siri #AltimetAir Road Tour ini juga dilihat sebagai tanda terima kasih Altimet kepada peminat atas sokongan yang diberikan sepanjang kerjaya seninya hampir 20 tahun.
Pemenang Persembahan Terbaik, Anugerah Juara Lagu Terbaik Ke-32 (AJL 32) ini dijangkakan akan mempersembahkan lagu-lagu daripada album ‘Air’ seperti ‘Bunga’ dan ‘Mambang’ yang sudah semakin mesra di telinga peminat, dan beberapa lagu hitsnya yang terdahulu.
#AltimetAir Road Tour ini akan bermula esok (26 April) di lokasi pertama iaitu di Amanjaya Mall, Kedah. Berikut merupakan tarikh dan lokasi jelajah untuk promosi album ‘Air’:
TARIKH |
MASA |
LOKASI |
|
1 |
26 April 2018 (Khamis) |
8.00 malam |
Pintu Luar Utama, Amanjaya Mall, Kedah |
2 |
27 April 2018 (Jumaat) |
8.00 malam |
Kedai Kopi Shocka, Penang |
3 |
29 April 2018 (Ahad) |
8.00 malam |
Pasar Karat, Johor Bahru |
4 |
2 Mei 2018 (Rabu) |
8.00 malam |
Padang Astaka, Kemaman, Terengganu |
5 |
3 Mei 2018 (Khamis) |
8.00 malam |
Serambi Teruntum, Kuantan |
6 |
5 Mei 2018 (Sabtu) |
8.00 malam |
Menara Taming Sari, Melaka |
7 |
6 Mei 2018 (Ahad) |
8.30 pagi |
Tapak Car Boot Sales Kota Damansara, Selangor |
Peminat boleh mendapatkan album fizikal ‘Air’ yang direka eksklusif oleh Kongsi Design di setiap lokasidengan harga promosi RM25.00. Album edaran Warner Music Malaysia ini sudah pun tersedia di kesemua pelantar digital sejak 30 Mac 2018.
Sebarang maklumat lanjut sila layari www.altimet.com.my.